nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perlembagaan tidak boleh dibaca secara ‘à la carte’ :-Zahid

26 SEPT : “Perlembagaan tidak boleh dibaca secara à la carte.” Demikian peringatan disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengasas Musyawarah Nasional menegaskan perkara itu ketika berucap merasmikan Musyawarah Nasional 3.0 : Membongkar Polemik Tanah Melayu di Melaka, hari ini.

Beliau berkata, apabila membicarakan hak, kebebasan dan kesamarataan, keseluruhan susunan Perlembagaan perlu difahami dan tidak hanya mengambil bahagian yang menyebelahi pendirian sendiri.

“Perlembagaan tidak boleh dibaca secara à la carte dengan mengambil yang menyebelahi pendirian kita, lalu mengetepikan yang lain,” katanya.

Beliau berkata, Perkara 8 memperuntukkan kesamarataan di sisi undang-undang, manakala Perkara 153 melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah masyarakat lain.

Katanya, Perkara 160 pula memberikan takrif perundangan tentang Melayu, manakala kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan institusi Raja-Raja turut membentuk susunan negara yang perlu difahami secara utuh.

“Dalam susunan ini, kita tidak perlu berasa apologetik untuk mempertahankan kedudukan sendiri dan kita mesti berlaku adil terhadap kedudukan orang lain.

“Sejarah migrasi wajar dikaji, namun mereka yang sah menjadi warganegara ialah sebahagian daripada tanah air ini.

“Mengiktiraf akar sejarah dan kedudukan peribumi tidak bererti menafikan tempat masyarakat lain dalam negara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, bagi orang Melayu, usaha memelihara hak dan kepentingan yang dijamin Perlembagaan menuntut kekuatan bersama, termasuk kekuatan politik melalui saluran demokrasi.

Katanya, gerakan penyatuan ummah perlu terus diusahakan supaya perbezaan parti tidak menghalang usaha mencapai kesepakatan dalam perkara menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Kesepakatan ini mesti berpaksikan Perlembagaan serta menghormati hak semua warganegara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mengingatkan supaya kedudukan serta tanggungjawab setiap institusi difahami sebelum sesuatu pertikaian berkaitan institusi Kesultanan dinilai.

Beliau berkata, perkara itu termasuk memahami adat serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri agar penilaian terhadap sesuatu isu dibuat berdasarkan kefahaman mengenai duduk perkara.

“Janganlah label ‘derhaka’ dan ‘biadab’ mendahului kefahaman tentang duduk perkara.

“Tugas kepimpinan ialah menjernihkan kekusutan dengan ilmu dan kebijaksanaan, sambil memelihara martabat institusi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.