nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Untuk cari sejarah Melaka, kadangkala kita terpaksa keliling dunia

26 SEPT: Sejarah Melaka tidak hanya tersimpan di bumi sendiri, malah ada jejaknya yang perlu dicari jauh merentasi lautan hingga ke serata dunia.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu tidak menghairankan kerana Melaka suatu ketika dahulu menjadi tempat pertemuan pelbagai bangsa menerusi perdagangan, pelayaran, diplomasi, bahasa dan pertukaran budaya.

“Sebab itu saya selalu katakan untuk mencari sejarah Melaka atau Tanah Melayu ini, kadangkala kita terpaksa mengelilingi dunia…kerana suatu ketika dahulu, dunia memang datang ke Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Musyawarah Nasional 3.0 ‘Membongkar Polemik Tanah Melayu’ di Melaka, hari ini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ab Rauf, hubungan Melaka dengan dunia turut meninggalkan pelbagai catatan sejarah yang kini perlu diteliti semula, termasuk kaitannya dengan China, India, dunia Islam, Nusantara dan Eropah.

Antara yang mahu diangkat kembali ialah kisah Hang Tuah, yang menurutnya tidak seharusnya hanya dikenali melalui nama jalan, bangunan atau watak dalam buku sejarah.

“Begitu juga dengan Hang Tuah. Kita tidak mahu nama ini hanya tinggal sebagai nama jalan, nama bangunan atau watak yang disebut sepintas lalu dalam buku sejarah.

“Kita mahu beliau dikaji dengan lebih mendalam melalui sumber, manuskrip, dokumen dan catatan dari dalam serta luar negara,” katanya.

Ab Rauf berkata, penyelidikan berkaitan Hang Tuah terus diperkasa menerusi seminar, sumber-sumber baharu dan pameran termasuk bahan mengenai ketokohan beliau yang dibawa secara digital di Perkampungan Hang Tuah, Duyong.

“Kita mahu generasi baharu melihat Hang Tuah bukan semata-mata sebagai seorang pahlawan, tetapi sebagai laksamana, diplomat dan simbol kepada keluasan hubungan Melaka dengan dunia pada zamannya,” katanya.

Usaha sama turut dilakukan bagi menggali kembali kisah Enrique de Malaca yang dikenali dalam naratif tempatan sebagai Panglima Awang, termasuk meneliti catatan berkaitan pelayarannya mengelilingi dunia sekitar abad ke-16.

“Kalau ratusan tahun dahulu tokoh Melaka, Enrique de Malaca, yang dikenali dalam naratif tempatan sebagai Panglima Awang, mampu merentas lautan dan membawa nama Melaka ke pentas antarabangsa, saya mahu anak-anak Melaka hari ini juga mempunyai keberanian yang sama,” katanya.

Ab Rauf berkata, beliau bersama barisan pentadbiran negeri pernah ke Sepanyol bagi meneliti catatan berkaitan pelayaran Panglima Awang, manakala kajian hubungan Melaka dengan China dan sejarah maritim turut diperluas.

Katanya, usaha itu penting supaya sejarah tidak sekadar hidup sebagai cerita, sebaliknya berkembang sebagai ilmu yang dapat difahami generasi baharu.

“Saya tidak mahu anak-anak Melaka hanya mengenali sejarah negeri ini kerana mahu menjawab soalan peperiksaan. Saya mahu mereka mengenali sejarah kerana mereka bangga menjadi anak Melaka,” katanya.

“Sejarah telah memberikan negara ini kepada kita. Sekarang menjadi tanggungjawab kita menentukan negara bagaimana yang mahu kita serahkan kepada generasi selepas kita,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.