nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia perlu teroka dagangan baharu, elak gantung pada satu pasaran besar

5 MEI : Malaysia perlu mengelak daripada bergantung kepada hanya satu pasaran besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sudah pun mula meneroka dan membuka pasaran perdagangan baharu di bawah pentadbirannya, sejak setahun lalu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan langkah itu diambil dalam kerangka ASEAN dan pertemuan dengan pemimpin utama negara teluk, China serta BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan).

“Alhamdulillah, kita secara agresif membuka ruang perdagangan baharu, meningkat kegiatan dengan rakan dagang sedia ada, BRICS, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang mana ini semua sudah membuahkan hasil.

“Umpamanya, pertumbuhan eksport ke negara ASEAN sudah meningkat sebanyak 4.2 peratus dan Kesatuan Eropah (EU) sudah meningkat 2.6 peratus.

“Pertumbuhan eksport ke pasaran bukan tradisional pada 2024 juga sudah melonjak. Antaranya Mesir sebanyak 53.6 peratus, Pakistan (29 peratus) dan Cambodia sebanyak 30.1 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkait tarif Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Menurut Anwar, angka itu jelas menunjukkan kejayaan siri lawatan pentadbirannya ke luar negara.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan Malaysia tidak bergantung kepada satu sumber atau pasaran saja.

Selain itu, Asia Tenggara dijangka memuktamadkan rundingan penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-China dalam masa terdekat.

“Dengan adanya daya tahan ekonomi domestik dan keyakinan, kita tidak mudah terjebak dengan tekanan atau sesak dengan tantangan luar.

“Kita punyai angka dan data yang mampu dikendali serta dimanfaatkan secara bijak,” katanya.

Kata Anwar, setakat ini ASEAN senada dan bersetuju untuk tidak bertindak terhadap AS susulan tarif yang dikenakan sebaliknya lebih memilih untuk membawanya ke meja rundingan.

“Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN diwujudkan bagi mengukuhkan pemantauan dan penyelarasan dasar pada peringkat ASEAN. Pada 19 Mei ini, Menteri Perdagangan ASEAN dijadualkan mengadakan pertemuan dengan China.

“Saya sudah meneruskan perbincangan dengan semua rakan sejawat ASEAN mulai 28 April lalu. Rakan ASEAN juga sudah menyatakan dukungan penuh kepada Malaysia untuk membentuk suara kolektif dan kebersamaan ASEAN sebagai sebuah blok ekonomi yang besar dalam mengadakan rundingan bersama AS,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.