nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia komited perkukuh daya tahan sistem pendidikan

6 JUN : Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh daya tahan sistem pendidikan negara di pentas Platform Global untuk Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) di Geneva, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan kenyataan negara itu pada sesi Meja Bulat Menteri yang bertemakan ‘keselamatan sekolah’.

“Alhamdulillah, saya selesai menyampaikan kenyataan Malaysia dalam sesi Meja Bulat Menteri. Dalam sesi ini, saya menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh daya tahan sistem pendidikan negara melalui pelaksanaan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 yang selari dengan Kerangka Sendai.

“Dasar ini memberi penekanan kepada pendekatan menyeluruh merentas sektor termasuk aspek keselamatan pelajar dan kesinambungan pembelajaran sewaktu bencana,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, antara inisiatif utama yang diketengahkan termasuk pembangunan Modul Pendidikan Pengurangan Risiko Bencana (DRR) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang bakal dimanfaatkan oleh hampir 7,800 sekolah rendah di seluruh negara.

“Modul ini dibangunkan dengan pendekatan pembelajaran secara pengalaman dan latihan amali yang memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara aktif.

“Saya turut memaklumkan mengenai langkah proaktif Kerajaan dalam membina Pusat Pemindahan Kekal (PPKB) di sekolah-sekolah berisiko tinggi dengan peruntukan sebanyak RM135 juta.

“Kemudahan berfungsi sebagai pusat perlindungan sewaktu bencana dan juga akan dimanfaatkan sebagai pusat pembelajaran komuniti pada waktu biasa,” katanya.

Ahmad Zahid turut berkongsi kejayaan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) oleh NADMA yang melibatkan hampir 44,000 rakyat Malaysia termasuk lebih 12,000 golongan belia sepanjang tahun 2024.

Selain itu kata Ahmad Zahid, Malaysia juga menyatakan kesediaan untuk berkongsi pengalaman dan membina kerjasama rentas negara dalam usaha memperkukuh keselamatan sekolah di peringkat global.

“Saya percaya, pelaburan dalam daya tahan bencana bukan sahaja memberi perlindungan kepada masa depan anak-anak kita, malah dapat memperkukuh ketahanan negara dalam menghadapi cabaran yang tidak dijangka,” katanya.

*Foto : Facebook Zahid Hamidi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.