nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Menteri tegur lirik lagu berunsur lucah, tidak senonoh

1 JAN : Semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan yang selari dengan adab, budaya serta tuntutan syarak termasuk dalam lagu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan membangkitkan perkara itu susulan penularan lirik lagu yang berunsur lucah dan tidak senonoh.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius penularan lirik lagu yang mengandungi unsur lucah, tidak senonoh serta bercanggah dengan nilai akhlak dan adab masyarakat, khususnya yang memberi pengaruh negatif kepada generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan ini dipercayai merujuk kepada lagu baharu seorang artis wanita tempatan yang dikatakan liriknya berunsur lucah dan tidak bersesuaian sehingga mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Tegas Zulkifli, semua penggiat seni, penerbit, pengkarya dan pihak berkaitan diingatkan agar mematuhi Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang diperakukan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-107 pada 2015.

“Garis panduan ini dengan jelas menetapkan bahawa lirik hiburan hendaklah bebas daripada unsur lucah, maksiat, penghinaan, manipulasi kalimah suci Islam serta perkara yang bercanggah dengan syarak dan nilai kemanusiaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa Islam menuntut umatnya menjaga kesucian lidah, pendengaran dan hati.

“Ajaran agama mengingatkan agar setiap perkataan yang diucapkan membawa kebaikan serta tidak merosakkan maruah dan akhlak insan.

“Islam meraikan karya seni dan keindahan tetapi seharusnya ia menjadi wasilah mendidik, menenangkan jiwa dan menyebarkan nilai murni, bukan sebaliknya,” jelasnya.

Selain itu, kata Zulkifli, hiburan yang baik adalah yang membina jiwa dan memperkukuh akhlak, bukan yang melalaikan dan merosakkan.

“Semoga teguran ini diterima dengan hati yang terbuka demi kebaikan bersama dan kesejahteraan masyarakat. “Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku agar mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik.” (Surah Al-Isra’, ayat 53),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.