nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

14 menara komunikasi jadi mangsa vandalisme, curi di Negeri Sembilan

14 APR : Aktiviti vandalisme dan kecurian menjejas perkhidmatan 14 menara telekomunikasi di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan beberapa peralatan komunikasi termasuk peralatan seperti Radio Transport System (RTS) dan Baseband Unit (BBU) telah dicuri di menara komunikasi milik CelcomDigi di Bukit Pilah.

“MCMC menerima laporan daripada CelcomDigi Berhad pada Sabtu, 11 April 2026 berhubung gangguan perkhidmatan 2G dan 4G di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati, gangguan tersebut berpunca daripada aktiviti vandalisme dan kecurian ke atas sebuah menara komunikasi milik CelcomDigi di Bukit Pilah.

“Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut, gangguan turut menjejaskan 13 menara komunikasi lain serta hampir 1,668 pengguna daripada pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di sekitar kawasan Kuala Pilah,” menurut suruhanjaya itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut MCMC, kejadian itu mengakibatkan gangguan perkhidmatan di kawasan berhampiran serta menjejaskan operasi menara komunikasi lain.
“Susulan itu, pihak MCMC telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi terjejas bersama pihak CelcomDigi dan mendapati beberapa peralatan komunikasi, termasuk peralatan seperti Radio Transport System (RTS) dan Baseband Unit (BBU), telah dicuri.

“Pihak CelcomDigi telah melaksanakan kerja-kerja pemulihan dengan mengaktifkan semula menara komunikasi yang terjejas secara berperingkat.

“Kesemua 14 menara komunikasi kini telah kembali beroperasi dan mula menyediakan perkhidmatan kepada pengguna,” menurut MCMC.

Dalam pada itu, MCMC menyeru orang awam agar memainkan peranan dengan melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau mana-mana pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di sekitar menara komunikasi.

“MCMC tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang menjejaskan infrastruktur komunikasi.

“Perbuatan vandalisme terhadap kemudahan telekomunikasi adalah kesalahan serius di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” menurut MCMC lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.