nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Krisis tenaga: Biodiesel berpotensi jadi sumber bahan api

14 APR : Biodiesel dikenal pasti sebagai penyelesaian paling praktikal bagi mendepani krisis tenaga susulan konflik Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha beralih kepada sumber tenaga boleh baharu itu akan dipercepat.

“Bagi jangka sederhana dan panjang, usaha dipercepat untuk beralih kepada sumber tenaga boleh baharu sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada bahan api import yang tidak menentu.

“Biodiesel dikenal pasti sebagai penyelesaian paling praktikal dalam tempoh terdekat, dengan peningkatan kadar adunan kepada B15 secara berperingkat menggunakan infrastruktur sedia ada.

“Pendekatan ini membolehkan tindakan segera diambil sementara menunggu sistem baharu dibangunkan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dengan asas industri dan kapasiti domestik yang kukuh, langkah itu bukan sahaja menstabilkan bekalan semasa, tetapi membina daya tahan tenaga negara agar kehidupan rakyat kekal terpelihara dalam menghadapi ketidaktentuan global.

“Insya-Allah, kita harungi cabaran ini dengan tekad, disiplin dan kebersamaan,” katanya.

Menurutnya, dalam Mesyuarat MTEN itu hala tuju jelas ditetapkan bagi mengurus krisis tenaga global yang kian meruncing dan dijangka berpanjangan.

“Keutamaan kita adalah melindungi kesejahteraan rakyat, di samping kekal berdisiplin dan realistik dalam setiap langkah yang diambil.

“Pendekatan utama ketika ini adalah menjamin bekalan tenaga dan barangan asas agar kehidupan harian rakyat tidak terjejas. Usaha ini digerakkan melalui peranan penting PETRONAS serta perancangan awal bagi memastikan bekalan kekal mencukupi dalam bulan-bulan mendatang,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata tindakan menampan kenaikan kos diperkukuh melalui bantuan tambahan subsidi diesel kepada pesawah, petani, pekebun kecil dan pemilik kenderaan individu.

Katanya, pengurusan permintaan turut dipertingkat melalui kecekapan penggunaan tenaga, termasuk pelaksanaan Bekerja Dari Rumah bagi penjawat awam bermula esok.

“Pada masa sama, Ops Tiris dipergiat bagi membanteras ketirisan dan penyeludupan yang boleh menjejaskan bekalan minyak negara,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.