nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tidak dapat jamin bekalan minyak jika konflik Asia Barat berpanjangan

27 APR :  Tiada jaminan kerajaan terhadap bekalan minyak untuk tempoh panjang jika konflik di Asia Barat terus berpanjangan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata setakat ini bekalan minyak negara terjamin sehingga bulan Julai dan usaha mendapatkan bekalan terus giat dijalankan.

Namun katanya, isu logistik menjadi cabaran utama yang menjadi kebimbangan kerajaan susulan ia akan menyebabkan kelewatan penghantaran minyak.

“Saya perlu berterus terang. Usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuk Petronas dan syarikat-syarikat minyak lain untuk mendapatkan sumber bekalan alternatif sedang berjalan.

“Cuma, untuk memberikan jaminan jangka panjang sehingga enam atau tujuh bulan, kita tidak boleh memberi jaminan pada tahap sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kempen Turun Harga di Pasar Raya Bataras di Papar pada Ahad.

Dalam pada itu, Armizan berkata kerajaan melaksanakan pemantauan secara harian bagi memastikan bekalan minyak di stesen seluruh negara mencukupi.

“Alhamdulillah bagi bulan Jun dan Julai, sumber bekalan itu telah pun diperoleh dari segi komitmen. Namun ada cabarannya. Cabarannya adalah dari segi logistik. Kita bimbang ada isu tertentu yang boleh menyebabkan bekalan itu lewat tiba.

“Sebab itu kita tidak boleh leka. Berbanding negara lain termasuk negara jiran, sekurang-kurangnya Malaysia dari segi bekalan itu masih terjamin dan berjalan lancar,” katanya.

Mengulas soal program itu, Armizan berkata ia merupakan satu inisiatif yang mencerminkan komitmen bersama kerajaan dan pemain industri dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

“Saya amat menghargai langkah proaktif Bataras. Menerusi kempen yang berlangsung dari 15 April hingga 30 Jun 2026 ini, rakyat berpeluang menikmati penawaran harga lebih rendah bagi 9,000 item barangan terpilih dengan diskaun antara 3 hingga 70 peratus berbanding harga asal.

“Inisiatif seperti ini memberi manfaat langsung kepada pengguna, khususnya dalam membantu mengurus perbelanjaan harian isi rumah,” katanya.

Beliau berkata KPDN juga amat mengalu-alukan usaha murni seumpama itu lebih-lebih lagi ketika dunia berdepan krisis bekalan global susulan konflik Asia Barat yang masih berlarutan.

“Saya berharap lebih ramai pemain industri dalam sub-sektor peruncitan tampil menggembleng peranan melalui pendekatan tanggungjawab bersama selaras agenda kebersamaan semua pihak melalui pendekatan seluruh negara demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.