11 JUN : Selat Hormuz ditutup sepenuhnya selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan baharu ke atas Iran.
Iran melalui ibu pejabat Khatam al-Anbiya berkata keputusan penutupan itu berikutan ketidakamanan di rantau berkenaan.
Melalui satu kenyataan disiarkan di stesen televisyen, Iran memberi amaran sebarang pergerakan melalui selat itu akan menjadi sasaran.
Iran menegaskan keputusan itu dibuat berikutan pencerobohan AS dan serangan ke atas wilayah Hormozgan.
Markas Pemerintahan Bersama Tertinggi Tentera Iran memberi amaran mana-mana kapal yang cuba melalui laluan strategik itu akan ditembak.
Tentera AS sebelum ini mengesahkan sudah melancarkan serangan terhadap beberapa sasaran di Iran untuk hari kedua berturut-turut.
Komando Pusat AS (CENTCOM) berkata serangan yang bermula pada jam 5.15 petang waktu New York itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif Iran.
Susulan itu, beberapa letupan dilaporkan kedengaran di bandar pelabuhan Bandar Abbas, Pulau Qeshm serta bandar Minab dan Sirik.
Serangan terbaharu itu berlaku sehari selepas AS menyerang Iran susulan insiden sebuah helikopter Apache miliknya ditembak jatuh.