nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

OIC kutuk Israel lulus RUU larang azan

3 JUL : Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk kelulusan awal Knesset Israel terhadap rang undang-undang (RUU) yang bertujuan melarang laungan azan.

RUU itu dikenali sebagai ‘Undang-Undang Muazin’.

OIC menegaskan cadangan RUU itu tidak sah serta terbatal kerana disifatkan sebagai perundangan yang berunsur diskriminasi dan perkauman.

Dalam pada itu, OIC berkata langkah berkenaan merupakan pelanggaran nyata terhadap kebebasan beragama dan beribadat, selain mencabuli hak budaya serta hak beragama yang dijamin di bawah undang-undang antarabangsa dan instrumen hak asasi manusia.

Menurut OIC, cadangan berkenaan mencerminkan peningkatan membimbangkan dalam pelaksanaan undang-undang, dasar dan keputusan Israel yang menyasarkan kewujudan rakyat Palestin serta identiti Arab dan Islam.

Ia turut dianggap sebagai serangan secara langsung terhadap syiar Islam dan kesucian tempat ibadat umat Islam.

OIC turut menegaskan sebarang sekatan terhadap laungan azan bertentangan dengan tanggungjawab Israel di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat serta pelbagai instrumen antarabangsa lain yang menjamin kebebasan mengamalkan agama tanpa diskriminasi atau sekatan.

Pada masa sama, OIC menggesa masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya bertindak segera menghentikan dasar dan tindakan rejim itu yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Menurut OIC lagi, tindakan tegas daripada masyarakat antarabangsa amat diperlukan bagi memastikan kebebasan beribadat terus dipelihara, melindungi kesucian tempat ibadat umat Islam serta memastikan Israel, sebagai kuasa pendudukan, dipertanggungjawabkan atas pelanggaran berterusan terhadap undang-undang dan prinsip antarabangsa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.