nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan terima baik langkah bank bantu rakyat, PMKS

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

Kerajaan MADANI menerima baik langkah industri perbankan memperkenalkan beberapa inisiatif bagi membantu pelanggan individu dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), khususnya mereka yang berdepan cabaran kos sara hidup serta kesan ketidaktentuan ekonomi global dan konflik di Asia Barat.

Langkah ini jelas menyahut saranan Kerajaan MADANI agar sektor kewangan terus mengamalkan nilai ihsan dan ekonomi manusiawi dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat serta perniagaan kecil.
Inisiatif tersebut merangkumi pengenalan Kad Kredit Asas, pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran wang tunai di ATM bank, serta bantuan bersasar kepada peminjam dan PMKS yang terkesan.

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata Kerajaan menghargai komitmen industri perbankan dalam memperluas akses kewangan yang lebih mudah, berpatutan dan bertanggungjawab.

“Dalam keadaan rakyat dan PMKS berdepan tekanan kos serta aliran tunai, institusi kewangan berperanan penting membantu pelanggan mereka dengan penyelesaian yang berhemat, tangkas dan berperikemanusiaan. Hatta, saya merakamkan penghargaan kepada industri perbankan negara kerana menyahut saranan Kerajaan untuk mengorak langkah ke arah sistem kewangan yang lebih manusiawi,” kata YAB Datuk Seri Anwar.

Kad Kredit Asas akan memberi pilihan kredit yang lebih ringkas, berpatutan dan terangkum kepada rakyat yang memerlukan kemudahan untuk mengurus aliran tunai harian secara bertanggungjawab. Produk ini mengutamakan kadar pembiayaan yang lebih rendah berbanding ganjaran gaya hidup dan pulangan tunai yang lazim ditawarkan oleh produk kad kredit semasa.

Kadar pembiayaan bagi kad seumpama ini akan dihadkan pada 14% setahun, berbanding had tertinggi 18% setahun pada masa ini. Had kredit juga ditetapkan pada paras lebih terkawal bagi menggalakkan penggunaan kredit secara berhemat, manakala pemegang kad kredit sedia ada boleh melaksanakan pemindahan baki kad kredit tertunggak ke akaun Kad Kredit Asas tanpa caj atau bayaran.

Di samping itu, sejak 1 Julai 2026, rakyat Malaysia boleh membuat pengeluaran wang tunai di mana-mana ATM yang dikendalikan oleh bank di Malaysia tanpa dikenakan caj RM1. Inisiatif ini merangkumi lebih 14,000 ATM di seluruh negara dan mencerminkan komitmen industri perbankan untuk memastikan perkhidmatan kewangan asas lebih mudah diakses oleh rakyat.

Bagi peminjam yang terkesan akibat krisis bekalan global dan konflik di Asia Barat, bank-bank turut menyediakan bantuan bersasar berdasarkan keperluan dan kedudukan aliran tunai masing-masing. Bantuan ini termasuk penangguhan sementara bayaran balik pinjaman, pengurangan ansuran serta pelanjutan tempoh pinjaman.

Sejak akhir April 2026, bank-bank telah menerima dan memproses permohonan penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman melibatkan pembiayaan berjumlah lebih RM4.7 bilion bagi lebih 1,100 peminjam. Pembiayaan kepada sektor PKS juga terus disalurkan, dengan pertumbuhan pembiayaan PKS tertunggak mencatatkan 5.3% pada Mei 2026.

Di bawah Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS bernilai RM5 bilion, kira-kira RM1 bilion pembiayaan telah diluluskan setakat 25 Jun 2026 kepada sekitar 1,500 peminjam PKS yang terjejas secara ketara akibat konflik di Asia Barat. Industri perbankan juga komited untuk memproses permohonan dalam tempoh tujuh hari bekerja, dengan kira-kira RM4 bilion baki peruntukan masih tersedia untuk sokongan lanjut.

Peminjam dan PMKS yang terkesan digalakkan menghubungi bank masing-masing lebih awal bagi mendapatkan bantuan yang bersesuaian. Mereka juga boleh mendapatkan sokongan tambahan melalui skim jaminan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan Credit Guarantee Corporation (CGC), selain khidmat nasihat dan bantuan kewangan melalui AKPK.

Kerajaan MADANI akan terus bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia dan industri perbankan bagi memastikan sistem kewangan negara kekal stabil, terangkum dan berpihak kepada rakyat.
KEMENTERIAN KEWANGAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.