nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia perlu perkukuh keupayaan keselamatan hadapi era AI

9 JUL: Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada pendekatan konvensional semata-mata dalam menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks khususnya dengan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara perlu memperkukuh keupayaan pertahanan dan keselamatan bukan sahaja melalui penggunaan teknologi serta sistem yang lebih canggih, malah dengan melahirkan generasi muda yang celik digital, berkemahiran tinggi dan bersedia mendepani cabaran keselamatan masa hadapan.

“Pendekatan konvensional semata-mata tidak lagi memadai untuk menangkis ancaman baharu yang semakin kompleks, khususnya dalam era kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital yang berkembang begitu pantas.

“Atas sebab itu, kita mesti memperkukuh keupayaan negara bukan sahaja melalui teknologi dan sistem keselamatan yang lebih canggih, malah dengan melahirkan bakat serta generasi muda yang celik digital, berkemahiran tinggi dan memahami cabaran keselamatan masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bulan Keselamatan Negara 2026 dan National Cyber Security Summit (NCSS) 2026.

Anwar berkata keselamatan negara juga bukan lagi tanggungjawab eksklusif agensi penguatkuasaan, sebaliknya memerlukan penglibatan seluruh rakyat dalam membina budaya berwaspada dan bertanggungjawab.

“Keselamatan negara bukan sekadar tanggungjawab agensi penguatkuasaan kerana ia adalah amanah bersama yang menuntut kesedaran serta peranan setiap rakyat, setiap keluarga dan setiap komuniti.

“Apabila budaya berwaspada dan bertanggungjawab dipupuk di setiap rumah, maka benteng pertahanan negara akan menjadi lebih kukuh,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa Malaysia perlu bersedia mendepani landskap ancaman baharu dengan memanfaatkan ilmu, teknologi dan inovasi, selain memperkukuh semangat kebersamaan bagi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara untuk generasi akan datang.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.