nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

eFishery: SPRM siasat pelaburan KWAP rugi RM200 juta

18 JUL : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery yang berjumlah kira-kira RM200 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Sri Abd Halim Aman berkata pasukan yang ditubuhkan semalam akan mengkaji dan meneliti isu berkenaan secara menyeluruh.

Beliau memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara adil, telus dan saksama berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai siasatan ini bagi mengelakkan kekeliruan serta menjaga integriti proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, KWAP dilapor menjadi mangsa dalam pelaburan eFishery apabila syarikat itu memanipulasi laporan kewangannya hingga menyebabkan kerugian besar membabitkan dana persaraan penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata keputusan pelaburan dibuat melalui proses penilaian dan proses tadbir urus berdasarkan maklumat tersedia yang merangkumi pengesahan penyata kewangan daripada juruaudit antarabangsa bertauliah.

Beliau berkata konsortium pelabur termasuk KWAP juga sudah melaksanakan usaha wajar bebas untuk memastikan semua maklumat adalah lengkap dan sahih untuk pertimbangan pelaburan.

KWAP dilaporkan melabur AS$47.7 juta (kira-kira RM200 juta) dalam eFishery pada Julai 2023.

Syarikat pemula itu dipromosikan sebagai firma teknologi akuakultur yang membangun penyelesaian digital bagi memodenkan industri penternakan ikan dan udang.

Tahun lalu, pengasas bersama eFishery, Gibran Huzaifah dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah di Bandung, Indonesia, selepas disabitkan kesalahan melakukan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.