nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN N9 mesti berpaksikan perpaduan, bukan memecah-belah

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENERANGAN UMNO

1.Barisan Nasional merupakan sebuah gabungan yang dibina atas kesepakatan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan latar belakang. Kerjasama antara UMNO, MCA, MIC serta parti-parti komponen BN membuktikan bahawa kestabilan negara tidak lahir daripada politik kebencian, tetapi daripada keupayaan rakyat yang berbeza untuk duduk, berunding dan membina masa hadapan bersama.

2. Itulah jati diri Barisan Nasional sejak dahulu. Kita mempertahankan kepentingan masyarakat Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tanpa menafikan hak, maruah dan kedudukan sah mana-mana warganegara Malaysia.

3. Dalam kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri Sembilan, semua pemimpin dan jentera politik wajib bertanggungjawab terhadap setiap perkataan yang dilontarkan. Isu yang menyentuh kaum, agama dan institusi diraja bukan alat untuk membangkitkan kemarahan atau ketakutan demi meraih undi.

4.Atas sebab itu, kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman, bahawa “Cina ada China, India ada India, Kemboja ada Kemboja, Melayu hanya ada Malaysia” tidak boleh dipandang ringan.

5. Retorik sedemikian memberikan gambaran seolah-olah rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India mempunyai tanah air lain, sedangkan hanya orang Melayu benar-benar memiliki Malaysia.

6. Hakikatnya, bagi jutaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India, Malaysia bukan tempat persinggahan. Malaysia ialah tanah air mereka.

7. Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan kedudukan Islam, institusi Raja-Raja Melayu serta hak Melayu dan Bumiputera. Perlembagaan yang sama turut menjamin hak dan kedudukan sah setiap warganegara tanpa mengira keturunan. Setiap warganegara yang sah mempunyai tanah air yang sama, dilindungi oleh Perlembagaan yang sama dan berhak menjalani kehidupan dengan aman serta bermaruah.

8. Rakyat Negeri Sembilan berhak menikmati kempen yang membincangkan perkara yang benar-benar mempengaruhi kehidupan mereka: kos sara hidup, peluang pekerjaan, perumahan, pendidikan, kesihatan, pembangunan setempat dan masa hadapan anak-anak.

9. Barisan Nasional tidak memerlukan politik yang menakut-nakutkan rakyat untuk memperoleh sokongan. Kita menawarkan kestabilan, pengalaman, kesederhanaan dan sebuah negara yang memberikan tempat kepada setiap warganegara.
10. Barisan Nasional ialah rumah bersama seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak akan membenarkan sesiapa merobohkan rumah ini demi keuntungan politik sementara.

DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID
KETUA PENERANGAN UMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.