nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN ulang pendirian, tidak kompromi penyelewengan TH

6 OGOS : UMNO-Barisan Nasional (BN) sekali lagi mengulang berpendirian tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyelewengan dalam Lembaga Tabung Haji (TH).

Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pihak yang bertanggungjawab perlu berdepan hukuman sesuai perbuatan mereka.

“Jika benar ada individu ataupun sekumpulan pihak yang melakukan penyelewengan atau pecah amanah atau melakukan kerja-kerja tadbir urus yang tidak selari dengan tata kelola sesebuah organisasi kerajaan, apatah lagi badan berkanun, maka akibatnya akan dihadapi oleh mereka.

“Saya tidak fikir kita harus berkompromi jika unsur negatif itu dilakukan oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), hari ini.

Terdahulu, kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH kepada umum dan akan dibentang serta dibahaskan di Dewan Rakyat pada 11 Ogos ini.

Laporan setebal 211 halaman itu mengandungi 25 syor penambahbaikan, manakala 75 peratus daripadanya sudah dilaksanakan oleh pengurusan TH.

Sementara itu, mengulas soal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi, beliau berkata BN berhasrat untuk mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi sebelum ini.

Namun katanya, BN sentiasa terbuka untuk menjalin persefahaman dengan mana-mana pihak.

“Daripada 28 kerusi (DUN) di Melaka, Ketua Menteri, selaku Pengerusi BN Melaka memaklumkan kepada saya beliau berazam untuk mempertahankan kedudukan seluruh 21 kerusi yang dimenangi itu.

“Pasti akan ada musyawarah antara semua pihak dan seperti dinyatakan oleh Ketua Menteri Melaka, beliau sangat terbuka dan kami kepimpinan BN di peringkat pusat akan dirundingi untuk menjadi kata pemutus kepada sebarang persepakatan atau persefahaman yang akan dicapai,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata melanjutkan persefahaman dengan Perikatan Nasional (PN) di Melaka akan bergantung kepada keihlasan dan kejujuran gabungan itu.

“Ia bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran mereka di dalam sebarang rundingan yang akan dilakukan.

“Kita sudah tetapkan di mana kerusi yang kita menang. kita tidak akan kongsi kerusi itu dengan mana-mana pihak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.