10 OGOS : Wong Chen mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa, hari ini.
Beliau berkata surat peletakan jawatan itu sudah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 5 Ogos lalu.
Menurutnya, terdapat persetujuan bersama untuk tidak mendedahkan sebarang butiran berkaitan peletakan jawatan itu sehingga jam 5 petang, hari ini.
“Pada 5 Ogos, saya bertemu Speaker dan menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai ahli Parlimen berkuat kuasa 10 Ogos, 5 petang.
“Ini adalah bagi memberikan tempoh tiga hari bekerja kepada pegawai-pegawai Parlimen untuk membuat persiapan berhubung kekosongan kerusi Parlimen Subang.
“Kami telah mencapai persetujuan secara ‘gentleman’s agreement‘ untuk tidak mendedahkan sebarang butiran sehingga 10 Ogos, jam 5 petang,” katanya.
Beliau turut memaklumkan gelaran ‘Yang Berhormat’ akan dikeluarkan daripada semua papan iklan, papan tanda dan surat-menyurat berkaitan dirinya mulai bulan depan.
Dijangka beliau akan mengadakan sidang media, Rabu ini pada jam 11 pagi bagi berkait keputusannya itu.
Wong Chen merupakan ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menang tiga penggal di kerusi itu.
