nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Prosiding tatatertib mahasiswa berkaitan kritikan awam dihenti serta-merta

28 JUL : Semua prosiding tatatertib membabitkan mahasiswa di universiti awam berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan secara aman dihentikan, berkuat kuasa serta-merta.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata langkah itu dilaksanakan susulan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

KPT dalam kenyataan hari ini berkata langkah berkenaan diambil sementara kerajaan membangunkan kerangka perundangan baharu bagi menggantikan AUKU.

“Dalam forum tersebut, Perdana Menteri menegaskan sementara proses pembangunan kerangka perundangan baharu dilaksanakan, langkah-langkah yang boleh memberikan lebih kebebasan kepada mahasiswa perlu dilaksanakan segera, tanpa perlu menunggu keseluruhan proses penggubalan akta baharu selesai,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, KPT berkata pihaknya sudah meneliti langkah yang boleh dilaksanakan dalam kerangka perundangan sedia ada bagi memperluas kebebasan mahasiswa.

Beberapa peruntukan AUKU serta Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang mengehadkan kebebasan mahasiswa untuk bersuara dan berpersatuan dikenal pasti untuk dikecualikan daripada pemakaian sebagai langkah pelaksanaan segera.

Antara kebebasan terbabit termasuk pengurusan persatuan dan kelab, pengurusan aktiviti pelajar serta kebebasan bersuara, berhimpun, menggunakan platform komunikasi dan mengedar serta menerbitkan dokumen.

Bagaimanapun, KPT menegaskan kebebasan berkenaan perlu dilaksanakan seiring tanggungjawab serta keluhuran undang-undang.

“Perbuatan yang melibatkan keganasan, vandalisme, kerosakan harta, kesalahan jenayah, salah laku akademik atau pelanggaran tatatertib yang sah tetap tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu lagi.

Bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang tidak tertakluk kepada AUKU, KPT berkata penelitian sama akan dilaksanakan terhadap peruntukan masing-masing berkaitan mahasiswa.

Langkah itu bertujuan memastikan kedua-dua universiti berkenaan turut selaras dengan pembaharuan yang dilaksanakan di bawah AUKU.

KPT berkata pihaknya kekal komited meneruskan pembangunan tatakelola pendidikan tinggi yang terbuka, tersusun dan inklusif menerusi penglibatan semua pemegang taruh bagi membentuk ekosistem pendidikan tinggi masa hadapan negara yang berkualiti.

Kelmarin, Anwar ketika berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13, Pendidikan Masa Depan Negara dan AUKU mengarahkan sebarang tindakan disiplin yang dikenakan pihak universiti terhadap mana-mana mahasiswa kerana menyuarakan pandangan atau kritikan ditarik balik berkuat kuasa, semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata semua pihak perlu menerima kenyataan bahawa ruang kebebasan mahasiswa harus diberikan sepenuhnya tanpa kekangan yang menghalang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.