nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia hantar SMART, Nepal sudah beri lampu hijau

4 SEPT : Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan dikerahkan ke Nepal seawal esok bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda negara itu.

Kementerian Luar atau lebih dikenali sebagai Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata keputusan melibatkan pasukan yang dianggota 11 pegawai itu dibuat selepas mendapat kelulusan rasmi dari Kerajaan Nepal.

Menurut Wisma Putra, SMART akan dilengkapi dron berkeupayaan tinggi serta peralatan khusus bagi menyokong operasi di kawasan yang memerlukan kepakaran teknikal dan keupayaan operasi khusus.

Bagaimanapun, penugasan SMART tertakluk kepada keperluan operasi serta keadaan keselamatan di lokasi terbabit.

“Susulan kelulusan rasmi oleh Kerajaan Nepal, Malaysia akan mengaturgerakkan SMART seawal 5 September 2026. Pasukan yang terdiri daripada 11 anggota itu akan dilengkapi dengan dron berkeupayaan tinggi dan peralatan khusus bagi membantu operasi yang dikendalikan oleh pihak berkuasa Nepal di kawasan yang memerlukan kepakaran teknikal dan keupayaan operasi khusus, tertakluk kepada keperluan operasi dan keadaan keselamatan,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Pada masa sama, Wisma Putra memaklumkan pasukan sokongan tambahan kementerian sudah tiba di Kathmandu bagi membantu Kedutaan Besar Malaysia menyelaras usaha pencarian dan pengecaman rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.

“Ini termasuk penyelarasan penggunaan sampel DNA bagi tujuan pengecaman.

“Di Malaysia, persediaan berkaitan proses pengecaman juga sedang dilaksanakan termasuk pengambilan dan analisis sampel DNA daripada waris terdekat oleh PDRM dan Jabatan Kimia Malaysia dengan penyelarasan oleh kementerian,” menurutnya lagi.

Sehingga 4 September 2026, seramai 55 rakyat Malaysia masih dilaporkan belum dapat dihubungi susulan bencana berkenaan.

Kementerian berkata pihaknya terus berhubung secara langsung dengan waris terdekat mereka serta menyalurkan perkembangan berkaitan usaha pencarian, pengesahan dan tindakan susulan.

Pada masa sama, kementerian sedang mendapatkan pengesahan melalui saluran diplomatik dengan Kerajaan Republik Rakyat China berhubung kemungkinan pertindihan laporan mengenai rakyat Malaysia di Nepal dengan laporan membabitkan rakyat Malaysia di Tibet, China.

Kedutaan Besar Malaysia di Beijing terus berhubung dengan pihak berkuasa China, manakala Kementerian turut berkomunikasi dengan Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan rasmi.

Malaysia juga menyatakan kesediaan menyediakan kepakaran mencari dan menyelamat bersesuaian sekiranya diperlukan pihak berkuasa China.

Tindak balas Malaysia terhadap bencana itu diselaraskan Kementerian Luar Negeri di Putrajaya bersama Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kimia Malaysia serta agensi berkaitan.

Selain itu, kerajaan turut akan menyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah USD1 juta kepada Nepal seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Wisma Putra menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat belum disahkan ketika usaha mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan lokasi rakyat Malaysia masih diteruskan.

Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan berdasarkan maklumat disahkan melalui saluran rasmi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.