nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan Malaysia jadi seperti tebu

KENYATAAN MEDIA

DATUK SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB)

Saya ingin merakamkan penghargaan terhadap pandangan yang disuarakan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini mengenai keperluan mengurus politik kaum, khususnya penyatuan orang Melayu, secara rasional, sederhana dan inklusif.

Datuk Seri Mohamed Khaled menegaskan bahawa penyatuan Melayu perlu diterjemahkan dengan cara yang menimbulkan rasa hormat, kebersamaan dan rasa selamat, bukannya melalui pendekatan ekstrem, menakutkan atau tidak rasional.

Datuk Seri Mohamad Hasan pula mengingatkan bahawa dalam percaturan politik negara, tindakan mana-mana pihak jangan sampai menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat bukan Melayu serta rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak. Beliau turut menekankan perlunya politik yang inklusif dan mengambil kira realiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

Saya menghargai pandangan kedua-dua pemimpin ini. Dalam keadaan politik negara yang kadangkala terlalu mudah terheret kepada sentimen kaum dan agama, seruan kepada kesederhanaan, rasionaliti dan keterangkuman adalah sesuatu yang amat dialu-alukan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan terhadap pandangan rakan saya dalam PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Ketua Penerangan PBB, yang turut menyuarakan pendirian yang selari.

Beliau mengingatkan bahawa kestabilan Malaysia tidak boleh dilihat semata-mata dari sudut penyatuan politik Melayu. Sarawak mahu melihat kestabilan dan kebersamaan bukan sahaja dalam kalangan parti Melayu di Semenanjung, tetapi turut merangkumi parti dan masyarakat yang mewakili pelbagai kaum dan agama di seluruh negara.

Pandangan Datuk Seri Abdul Karim mencerminkan pengalaman kita sendiri di Sarawak.

Kita tidak mahu melihat masyarakat Melayu berpecah. Pada masa yang sama, kita juga tidak mahu usaha untuk menyatukan mana-mana kaum akhirnya menyebabkan kaum lain berasa tersisih, terancam atau tidak lagi mempunyai tempat yang sama dalam negara ini.

Kedua-duanya boleh berjalan seiring. Kita boleh memperkukuh sesuatu komuniti tanpa melemahkan komuniti yang lain. Kita boleh mempertahankan identiti masing-masing tanpa merendahkan identiti orang lain.

Bagi saya, kenyataan ketiga-tiga pemimpin ini memberikan suatu nafas yang menyegarkan kepada wacana politik negara.

Pada usia Malaysia yang kini genap 63 tahun, sudah tiba masanya kita semakin matang dalam memahami bahawa kekuatan negara ini sejak awal pembentukannya terletak pada keupayaan kita hidup bersama dalam segala kepelbagaian.

Bagi saya secara peribadi, Malaysia sangat dekat di hati.

Mendiang datuk saya, Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Barieng, merupakan antara tokoh utama Sarawak yang memainkan peranan penting sehingga pembentukan Malaysia menjadi kenyataan.

Pesanan beliau yang terus dikenang sehingga hari ini ialah:

“Anang Malaysia baka tebu, manis dipun tabar di hujung.”

Janganlah Malaysia menjadi seperti tebu — manis pada pangkalnya tetapi tawar di penghujungnya.

Pesanan itu bukan sekadar untuk Sarawak. Ia merupakan peringatan kepada seluruh negara bahawa semangat, janji dan kepercayaan yang melahirkan Malaysia mesti terus dipelihara dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Selepas 63 tahun, saya berharap ‘tebu’ Malaysia bukan sahaja tidak menjadi tawar, tetapi akan kekal manis sampai ke penghujung — melalui keadilan, saling menghormati dan keyakinan antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah serta antara semua kaum dan agama.

Malaysia juga tidak hidup bersendirian. Kita berhadapan dengan dunia yang semakin kompleks, dengan persaingan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi dan perubahan aturan perdagangan antarabangsa.

Justeru, kekuatan dalaman Malaysia — kestabilan, keharmonian antara kaum, kematangan politik dan keyakinan rakyat — adalah sebahagian daripada ketahanan strategik negara.

SARAWAK TELAH MEMBUKTIKAN POLITIK INKLUSIF BOLEH BERJAYA

Di Sarawak, kita mempunyai pengalaman tersendiri.

Daripada kepimpinan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem, Tok Nan yang sentiasa mengingatkan kita supaya “jaga Sarawak bait-bait”, kepada sumbangan Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam memelihara kestabilan serta keharmonian masyarakat, dan kini di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, pendekatan Sarawak sentiasa berteraskan toleransi, saling menghormati dan keterangkuman.

Perkara ini bukan sekadar slogan.

PBB memenangi kesemua 47 kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021. Angka itu sendiri mencukupi untuk melepasi majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri.

Namun kita tidak pernah melihat kemenangan itu sebagai lesen untuk memerintah bersendirian.

Sebaliknya, kita terus berkongsi pentadbiran dan tanggungjawab melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama parti-parti komponen kita — SUPP, PRS dan PDP — kerana kita percaya kerajaan Sarawak mesti mencerminkan kepelbagaian rakyat Sarawak.

Kekuatan tidak semestinya diterjemahkan sebagai penguasaan. Kekuatan juga boleh diterjemahkan melalui perkongsian, keyakinan dan keterangkuman.

Inilah realiti politik Sarawak yang harus difahami dan diakui oleh semua pihak, termasuk mereka yang sering mempertikaikan pendekatan kita.

SEMANGAT HARI MALAYSIA

Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 di Kuching baru-baru ini juga membawa kita kembali kepada asas yang sama — bahawa masa depan negara harus dibina sebagai satu kesatuan dan mesti menjamin keadilan serta kesejahteraan untuk semua rakyat.

Saya turut tertarik dengan penekanan Perdana Menteri terhadap konsep ,’wa’ad nasional’— janji dan persefahaman yang menjadi asas kepada pembentukan negara ini. Seperti yang beliau tegaskan, Perjanjian Malaysia 1963 bukanlah semata-mata urusan Sabah dan Sarawak, tetapi merupakan tanggungjawab nasional yang mesti difahami dan dipikul bersama oleh seluruh Persekutuan.

Semangat wa’ad ini mengingatkan kita bahawa Malaysia dibina atas kepercayaan, komitmen dan kesediaan wilayah serta masyarakat yang berbeza untuk berjalan bersama sebagai sebuah negara; dan amanah itu mesti terus dihormati serta diterjemahkan dalam tindakan oleh setiap generasi.

Saya menghargai kefahaman yang ditunjukkan Perdana Menteri terhadap realiti sebuah Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan wilayah.

Dalam suasana ekonomi dan geopolitik dunia yang mencabar, kerajaan mesti diberikan ruang untuk terus memberi tumpuan kepada pemulihan dan pengukuhan ekonomi, kos sara hidup, pelaburan, pekerjaan serta pembangunan rakyat.

Perbezaan pandangan adalah sebahagian daripada demokrasi. Tetapi perbezaan tidak seharusnya membawa kita kepada politik kebencian yang akhirnya merugikan rakyat dan negara.

Sudah tiba masanya kita meninggalkan politik toksik.

Marilah kita memberi ruang kepada kepimpinan Premier Sarawak dan Perdana Menteri untuk terus menumpukan usaha kepada kestabilan, pembangunan dan pengukuhan ekonomi demi kepentingan rakyat.

Malaysia tidak akan menjadi lebih kuat dengan saling mencurigai.

Orang Melayu tidak akan menjadi lebih kuat dengan membuat masyarakat lain berasa takut. Masyarakat bukan Melayu pula tidak seharusnya melihat setiap usaha memperkukuh masyarakat Melayu sebagai suatu ancaman. Sabah dan Sarawak juga tidak harus dilihat hanya melalui lensa angka politik, tetapi sebagai rakan pembentuk Malaysia dengan sejarah, hak dan sumbangan tersendiri.

Kita boleh memperjuangkan hak masing-masing tanpa menafikan hak orang lain.

Kita boleh berbeza dari segi politik tanpa merosakkan keharmonian sebuah negara yang telah dibina bersama selama 63 tahun.

Inilah semangat Malaysia yang mesti kita pertahankan.

Itulah semangat yang terkandung dalam pesanan Tun Jugah.

Dan itulah Malaysia yang harus kita serahkan kepada generasi seterusnya — sebuah Malaysia di mana tebunya kekal manis dari pangkal hingga ke penghujung.

DATUK SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.