nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Biar mati anak, jangan mati adat’ kata MB Ismail

24 SEPT : Kerajaan Negeri Sembilan menepis dakwaan kononnya pentadbiran itu ‘menurunkan’ Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menteri Besarnya, Datuk Ismail Lasim berkata kerajaan negeri tidak pernah mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Kerajaan negeri ingin menegaskan dakwaan kononnya kerajaan atau menteri besar ‘menurunkan’ Yang di-Pertuan Besar adalah tidak tepat.

“Yang di-Pertuan Besar tidak dipilih oleh menteri besar atau kerajaan negeri. Undang-Undang Tubuh memperuntukkan peranan khusus kepada Undang Yang Empat dalam pemilihan Yang di-Pertuan Besar, manakala perkara berkaitan adat serta proses yang menyentuh kedudukan institusi berkenaan hendaklah dilaksanakan menurut peruntukan Undang-Undang Tubuh dan melalui institusi yang mempunyai bidang kuasa.

“Justeru, adalah tidak benar untuk menggambarkan seolah-olah menteri besar atau exco kerajaan negeri mempunyai kuasa secara unilateral untuk menentukan siapa yang menaiki atau meninggalkan takhta. Kerajaan Negeri tidak pernah mendakwa mempunyai kuasa sedemikian,” katanya dalam kenyataan media lapan muka surat, hari ini.

Menurutnya, penyelesaian kepada pertikaian yang timbul wajar dikembalikan kepada adat, Undang-Undang Tubuh dan institusi terlibat.

Dalam pada itu, beliau menegaskan semua pihak wajib menghormati mandat rakyat Negeri Sembilan yang memilih sebuah kerajaan negeri dengan majoriti melebihi dua pertiga.

“Kerajaan Negeri mesti diberikan ruang untuk menjalankan amanah tersebut secara sah, teratur dan berkesan tanpa sebarang campur tangan yang tidak berasaskan undang-undang, intimidasi, tekanan ataupun sekatan yang boleh menjejaskan fungsi sah sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.

“Menghormati institusi Raja dan Adat tidak bermakna menafikan fungsi kerajaan negeri. Begitu juga menghormati mandat demokratik kerajaan negeri tidak pernah bermaksud mengurangi kemuliaan atau kedudukan Institusi Raja.

“Tidak boleh mana-mana pihak menggunakan pertikaian institusi sebagai alasan untuk melumpuhkan pentadbiran negeri, menghalang keputusan eksekutif yang sah ataupun menjejaskan keupayaan kerajaan negeri memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Rakyat telah memberikan mandat. Mandat itu wajib dihormati,” katanya.
Ismail mengingatkan agar kemelut adat dan institusi tidak dijadikan alasan untuk mengganggu, mengintimidasi atau menyekat kerajaan negeri yang sah daripada melaksanakan amanah diberikan rakyat.

“Dalam menghadapi saat yang mencabar ini, kita perlu kembali kepada falsafah Negeri Sembilan sendiri: ‘Biar mati anak, jangan mati adat’.

“Adat hendaklah dipertahankan, perlembagaan hendaklah dijunjung, mandat rakyat hendaklah dihormati dan institusi hendaklah dipelihara,” katanya.

Selain itu, beliau juga menegaskan kemelut Institusi Adat dan Raja yang berlaku hari ini bukan berpunca daripada pentadbiran semasa, tetapi merupakan masalah yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

“Kegagalan Menteri Besar ketika itu melaksanakan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, termasuk keengganan menyempurnakan proses yang sepatutnya dilaksanakan menyebabkan kemelut ini berlarutan dan menjadi semakin parah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.