nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Tanpa rakyat, tiadalah saya sebagai pemimpin’ – Ab Rauf

30 SEPT : Bagi Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bersarapan bersama rakyat bukan sekadar singgah menikmati hidangan, tetapi ruang untuk mendengar sendiri cerita dan denyut kehidupan mereka.

Ketua Menteri Melaka itu berkata, hubungan antara pemimpin dengan rakyat perlu dibina menerusi pertemuan dekat dan sederhana, termasuk duduk semeja, bersalaman serta berbual secara santai.

“Saya selalu pegang satu prinsip. Tanpa rakyat, tiadalah saya sebagai pemimpin.

“Sebab itu, kalau mahu menjadi wakil rakyat, kita kena terlebih dahulu tahu menjadi rakyat. Duduk bersama mereka, makan bersama mereka, dengar cerita mereka dan rasai denyut kehidupan mereka,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Pagi tadi, Ab Rauf singgah bersarapan di Kedai Anuar, Kampung Jeram, Masjid Tanah sambil meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk.

Menurutnya, pertemuan seperti itu mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai makna besar dalam membina hubungan antara pemimpin dengan rakyat.

“Di ceruk mana sekalipun, waima di meja sarapan, saya mahu terus dekat dengan rakyat.

“Sembang santai, bersalaman dan bergambar bersama rakyat mungkin nampak kecil, tetapi bagi saya, inilah detik-detik yang membina hubungan besar antara pemimpin dengan rakyat,” katanya.

Ab Rauf berkata, pemimpin tidak seharusnya hanya dilihat rakyat ketika berada di pentas rasmi, sebaliknya perlu turun mendekati mereka dan memahami kehidupan seharian.

“Saya tidak mahu rakyat hanya melihat pemimpin di pentas rasmi. Pemimpin mesti turun dari pentas, duduk di meja rakyat dan berjalan bersama mereka.

“Kerana akhirnya, kerusi boleh berubah, jawatan boleh bertukar, tetapi hubungan dengan rakyat jangan pernah terputus,” katanya.

Beliau menegaskan komitmennya untuk terus bersama rakyat dalam apa jua keadaan.

“Saya dan rakyat bukan sekadar bersama, tetapi berpisah tiada!” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.