nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KM Melaka atau ADUN Tanjung Bidara, amanah tetap sama : Rauf

1 OKT : Bagi Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, tugas sebagai Ketua Menteri dan wakil rakyat Tanjung Bidara bukan dua peranan yang perlu dipisahkan.

Sebaliknya, beliau melihat kedua-dua jawatan itu sebagai amanah yang mempunyai matlamat sama, iaitu memberi perhatian kepada keperluan rakyat, sama ada di peringkat negeri atau kawasan yang diwakilinya.

“Tak ada beza (menjadi Ketua Menteri dan wakil rakyat kawasan). Ini kerana Ketua Menteri juga adalah Adun dan kedua-duanya tetap berpaksikan kepada amanah dan tanggungjawab untuk membela rakyat.

“Bagi saya sama sahaja. Ab Rauf ini sama ada seorang Ketua Menteri atau seorang wakil rakyat mewakili DUN Tanjung Bidara, dia tak perlu bahagikan masa, sebaliknya terus berkhidmat dengan sepenuh hati demi rakyat,” katanya dalam wawancara khas bersama Melaka Hari Ini.

Menurut Ab Rauf, kedudukannya sebagai Ketua Menteri tidak menjadi halangan untuk beliau turun padang bagi melihat sendiri keadaan dan keperluan penduduk di Tanjung Bidara.

“Kalau saya boleh pergi melawat tempat orang lain sebagai Ketua Menteri, saya boleh melawat tempat saya, tak ada isu di situ,” katanya.

Beliau berkata, tanggungjawab sebagai pemimpin tidak seharusnya dibatasi jawatan atau kawasan, terutama ketika turun bertemu masyarakat.

Menurutnya, setiap kunjungan dan program yang dihadiri turut memberi ruang untuk melihat sendiri keadaan masyarakat serta mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai keperluan mereka.

Ab Rauf berkata, pendekatan itu akan terus digunakan dalam memberi perhatian kepada Tanjung Bidara, pada masa sama menjalankan tanggungjawab menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, amanah sebagai Ketua Menteri dan wakil rakyat pada asasnya mempunyai matlamat sama, iaitu memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.