nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harga RON95, RON97 turun 5 sen, diesel turun 15 sen

1 OKT : Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing turun sebanyak 5 sen seliter, manakala harga runcit diesel tanpa subsidi turun sebanyak 15 sen seliter bagi tempoh 1 Oktober hingga 7 Oktober 2026.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata harga RON97 kini RM5.00 seliter sementara RON95
RM4.52 seliter dan diesel RM5.27 seliter.

“Penurunan ini didorong penyederhanaan purata harga minyak mentah dunia dalam tempoh pengiraan Automatic Pricing Mechanism (APM), susulan penyambungan semula operasi saluran paip East-West Arab Saudi.

“Pada masa sama, bekalan produk petroleum bertapis di Asia menunjukkan tanda pemulihan,” menurut MoF dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, MoF berkata eksport produk petroleum bertapis China pada September dianggarkan melebihi 4 juta tan, berbanding purata sekitar 3 juta tan sebulan pada tahun lalu.

“Peningkatan bekalan ini membantu mengurangkan sebahagian tekanan terhadap harga produk petroleum serantau.

“Namun begitu, pemulihan bekalan global masih tidak sekata. Sebuah lagi loji penapisan utama Rusia di Perm terpaksa menghentikan operasi selepas serangan dron Ukraine pada minggu lalu, sekali gus terus mengehadkan bekalan diesel dari Rusia ke pasaran antarabangsa,” menurut kenyataan itu lagi.

MoF berkata ketidaktentuan harga produk petroleum dijangka berterusan selagi konflik antara Amerika Syarikat dan Iran belum diselesaikan.

Katanya, sebarang serangan baharu di Asia Barat berisiko memberi tekanan semula kepada harga minyak dan produk petroleum.

Selain itu, pemulihan kapasiti penapisan global kekal penting bagi mengurangkan tekanan harga dalam jangka sederhana, katanya.

Namun, MoF berkata Kerajaan MADANI akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini, termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar BUDI MADANI bagi pengguna yang layak.

“Pada harga semasa, penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) terus membayar RM1.99 seliter berbanding harga RON95 tanpa subsidi RM4.52 seliter. Ini bermakna Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.53 seliter, bersamaan 56% daripada harga tanpa subsidi.

“Penerima BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pula terus membayar RM2.10 seliter berbanding harga diesel tanpa subsidi RM5.27 seliter, dengan subsidi Kerajaan sebanyak RM3.17 seliter, atau 60% daripada harga tanpa subsidi,” katanya.

Melalui BUD195 dan BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak terus boleh membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada had kelayakan bulanan.

Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, namun MoF berkata Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

“Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.

“Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin,” menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.