nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dari pantai yang dilupakan, Tanjung Bidara kembali jadi tumpuan

2 OKT : Pernah menjadi antara lokasi tumpuan pengunjung di Melaka, Pantai Tanjung Bidara kini dihidupkan semula dengan wajah dan tarikan baharu.

Antara tarikan baharu ialah litar kereta kawalan jauh (RC) yang kini menjadi produk pelancongan di kawasan berkenaan.

Penambahbaikan landskap pantai turut dilakukan bagi membuka semula pandangan pengunjung ke pesisir pantai.

Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, usaha mengembalikan kegemilangan kawasan itu menjadi antara fokus beliau sepanjang menerajui Tanjung Bidara.

“Apa usaha saya ialah untuk membangunkan semula kawasan Tanjung Bidara ini sebagai kawasan pelancongan yang terkenal satu ketika dulu.

“Disebabkan itu, saya cuba melakarkan semula supaya Tanjung Bidara ini kembali semula gemilangnya seperti mana yang terdahulu,” katanya dalam wawancara khas bersama Melaka Hari Ini.

Menurut Ab Rauf, Pantai Tanjung Bidara antara kawasan yang diberi perhatian selepas tarikan yang pernah gah suatu ketika dahulu semakin dilupakan.

Katanya, litar RC yang dibangunkan itu kini mampu menarik pengunjung tempatan dan pelancong luar negara serta beroperasi pada waktu siang dan malam.

“Ia merupakan satu litar yang pertama dalam Negeri Melaka dan terbaik di Malaysia, yang menjadikan ia sebagai pusat daya tarikan pelancongan baharu di kawasan Tanjung Bidara,” katanya.

Usaha mengubah wajah pantai itu turut melibatkan perobohan kompleks perniagaan lama yang sebelum ini menghalang pandangan terus ke pantai.

“Pantai Tanjung Bidara ini dahulu mempunyai sebuah kompleks perniagaan yang terletak di atas pantai sehingga melindungi pandangan ke pantai.

“Kita telah merobohkan dan membina semula kawasan tersebut supaya orang dapat melihat pantai dari jarak jauh, yang menyebabkan ramai orang datang semula ke kawasan ini dan menghidupkan semula ekonomi pelancongan,” katanya.

Ab Rauf berkata, pembangunan itu bukan untuk mengetepikan tarikan sedia ada di kawasan berhampiran seperti Pantai Padang Kemunting dan Pengkalan Balak.

Sebaliknya, pembangunan berterusan di kawasan pesisir berkenaan diharap dapat mengembalikan imej Tanjung Bidara sebagai destinasi pelancongan, selain memberi limpahan kepada aktiviti ekonomi penduduk setempat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.