nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Melaka: PAS tak kisah siapa pilihan BN tapi…

2 OKT : PAS terbuka terhadap sebarang keputusan Barisan Nasional (BN) dalam memilih rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Namun Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata rundingan dengan gabungan itu masih berjalan.

“Pilihan raya belum diumumkan lagi, kita masih dalam rundingan. Yang penting di Melaka ini ialah pimpinan Melayu Islam memimpin negeri Melaka. Kita tolak Pakatan Harapan.

“Nak guna logo PAS pun boleh, tak ada masalah. Itu masih dalam perbincangan. Kita masih dalam rundingan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah Duha di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Menurutnya, apa pun keputusan BN Melaka kelak, PAS tetap akan mengusahakan agar PH kalah di negeri itu.

“(Jika BN pilih PH?) Kita tetap usahakan supaya PH kalah,” katanya.

Mengulas soal pembahagian kerusi, Abdul Hadi berkata ia masih dalam rundingan setakat ini.

Perkembangan itu selari dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini yang mengesahkan rundingan dan perbincangan dengan PAS sedang berjalan.

“Ya, perundingan dan perbincangan dengan PAS sudah dan sedang berjalan. Amat positif, Alhamdulillah,” katanya melalui hantaran di Facebook sebagai respons terhadap berita itu.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) diterajui PAS digantung mengikut Subseksyen 13 (2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), berkuat kuasa serta-merta susulan notis dikeluarkan pada 22 September lalu.

Susulan itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pihaknya lebih selesa bekerjasama dengan parti berbanding gabungan yang ‘terburai’.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada parti PAS dan PN.

BN dilaporkan bersedia berunding untuk kerjasama politik pada PRN Melaka dengan mana-mana pihak termasuk PN dan Pakatan Harapan (PH).

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 23 September lalu bagi memberi laluan kepada PRN Melaka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.