nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belanjawan: Gaji minimum naik RM2,000 mulai Jun 2027

9 OKT : Lebih 4 juta pekerja di seluruh negara dijangka menikmati kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027, berbanding RM1,700 ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan itu antara langkah kerajaan menangani tekanan kos sara hidup yang semakin dirasai rakyat apabila pendapatan tidak meningkat seiring kenaikan harga barangan.

“Kesenjangan produktiviti dan upah pekerja mesti dirapatkan. Beban kos sara hidup berbangkit kerana pendapatan rakyat tidak meningkat sejajar dengan kenaikan harga barangan. Pampasan pekerja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia masih rendah pada kadar 33.9 peratus (%).

“Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000. Kadar ini berkuat kuasa mulai Jun 2027. Ini bermakna, lebih 4 juta pekerja tertakluk kepada kadar gaji minimum baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Namun, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan kadar baharu itu mengecualikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta bagi memberi ruang kepada golongan majikan berkenaan menyesuaikan model perniagaan masing-masing.

Sehubungan itu, kerajaan turut merangka pendekatan baharu bagi meningkatkan pendapatan golongan pekerja separa mahir dan graduan dengan menetapkan gaji minimum RM2,500 sebulan sebagai permulaan.

“Kadar gaji minimum hanya menaikkan lantai pendapatan pekerja, sementara upah pekerja mahir masih tidak setimpal dengan tahap kelayakan mereka.

“Oleh itu, kerajaan akan melaksanakan pembaharuan kerangka pendapatan pekerja dengan memperkenalkan gaji minimum bagi pekerjaan separa mahir dan graduan pada RM2,500 sebulan sebagai permulaan,” katanya.

Anwar turut menyeru majikan swasta supaya mengikuti langkah kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menawarkan gaji lebih wajar kepada pekerja, susulan pelbagai inisiatif meningkatkan pendapatan termasuk kenaikan gaji minimum, penetapan gaji bagi pekerjaan separa mahir dan graduan serta pelarasan gaji penjawat awam.

Dalam usaha membendung penggajian pekerja asing tanpa izin, beliau berkata syarikat selain PMKS hanya dibenarkan menuntut potongan cukai bagi perbelanjaan gaji sekiranya pembayaran dibuat melalui akaun bank mengikut saluran yang dibenarkan di bawah Akta Kerja 1955.

Bagaimanapun, syarat berkenaan tidak terpakai kepada tuntutan potongan cukai bagi perbelanjaan lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.