nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nani Roslan nafi wanita ditahan khalwat bersama Nik Nazmi

17 OKT : Pengacara, Nani Roslan menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai wanita yang ditahan dalam insiden khalwat membabitkan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menerusi kenyataan di akaun Instagram, Nani berkata keputusan untuk tampil memberikan penjelasan dibuat selepas namanya dikaitkan dengan pelbagai spekulasi yang disifatkan tidak berasas.

Lebih mengecewakan, katanya, dakwaan itu turut disusuli komen berunsur lucah, penghinaan serta kata-kata yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

“Saya bukan wanita itu. Saya sebenarnya tak sangka kena tampil jelaskan apabila nama dan gambar saya digunakan dengan pelbagai spekulasi.

“Apa yang lebih mengecewakan spekulasi itu bertukar menjadi komen-komen berunsur lucah, menghina dan merendahkan maruah saya sebagai wanita.

“Saya percaya tiada wanita yang sepatutnya diseksualkan, direndahkan atau dimalukan berdasarkan andaian yang tidak berasas,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya terbabit dalam merancang tangkapan berkenaan.

“Saya nak tegaskan di sini, dakwaan itu tidak benar sama sekali,” katanya.

Nani menjelaskan, beliau merupakan pengacara profesional yang sepanjang kerjayanya mengendalikan pelbagai program dan majlis melibatkan individu daripada pelbagai latar belakang.

Beliau mendakwa pernah berdepan tindakan sekatan, disenarai hitam, pembatalan pada saat akhir serta namanya digugurkan daripada senarai pengacara majlis susulan tugasan profesional yang dikaitkan dengan parti politik tertentu, sebelum kontroversi itu tercetus.

“Melaksanakan tugas tidak bermakna saya menyokong pandangan politik mana-mana pihak. Untuk makluman penglibatan saya sebagai hos audio siar tersebut sudah pun berakhir pada 30 September 2026,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata rasa ingin tahu orang ramai terhadap kontroversi berkenaan bukanlah satu kesalahan, namun ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melemparkan tuduhan tanpa asas atau mengeluarkan komen yang menghina.

“Kita kena ingat, kebebasan bersuara bukan lesen untuk memfitnah dan perbuatan fitnah boleh membawa implikasi undang-undang.

“Jadi, rakyat Malaysia, mari lakukan yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaporkan menahan dua individu yang disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Petaling Jaya, 15 Oktober lalu.

Nik Nazmi kemudian mengesahkan beliau adalah antara individu yang ditahan dan memohon maaf kepada isteri, keluarga serta pihak lain yang terkesan dengan kejadian itu.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan dakwaan JAIS memerangkap Nik Nazmi dalam kes tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.