nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Musa Aman angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11

1 JAN : Tun Musa Aman hari mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 di Istana Seri Kinabalu kira-kira jam 10.22 pagi tadi.

Musa, 73 dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.

Beliau kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli diikuti Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor melafaz ikrar taat setia.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

Terdahulu, Musa menerima watikan pelantikan pada 17 Disember lalu sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Musa menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember  selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.

Musa yang merupakan anak jati Beaufort yang dilahirkan pada 30 Mac 1951 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Edith Cowan University, Australia.

Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-14 pada 27 Mac 2003 dan menjawatnya sehingga 12 Mei 2018 yang menjadikannya Ketua Menteri Sabah paling lama memegang jawatan tersebut.

Selain itu, Musa juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga selama enam penggal (1994-2020) dan pernah menjawat sebagai Menteri Kewangan Sabah, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Konsul Kehormat Malaysia di Bangladesh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.