1 JAN : Syarikat induk WhatsApp, Meta mengumumkan akan menghentikan fungsi aplikasi itu di 20 telefon pintar model lama bermula hari ini.
Menurut Meta, keputusan itu dibuat susulan perkembangan teknologi selain risiko keselamatan telefon lama yang gagal mengemas kini aplikasi terkini.
Antara telefon yang menggunakan peranti android yang terjejas bermula hari ini termasuk Samsung: Galaxy S3; Galaxy Note 2; Galaxy Ace 3; dan Galaxy S4 Mini.
Manakala bagi telefon Motorola pula melibatkan jenis Moto G (1st Gen); Razr HD; Moto E 2014 HTC: One X; One X; Desire 500; Desire 601; LG: Optimus G; Nexus 4; G2 Mini; L90 Sony: Xperia Z; Xperia SP; Xperia T dan Xperia V.
Bagaimanapaun, sesetengah peranti mungkin masih boleh dikemas kini kepada sistem operasi yang lebih baharu bagi pengguna Android yang masih menggunakan versi KitKat.
Selain itu, peranti iOS Apple yang akan tamat pada 5 Mei 2025 adalah iPhone 5s; iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.
Perubahan ini mempengaruhi aplikasi WhatsApp biasa dan WhatApp Business yang menyokong sistem kemas kini sama.
“Pengguna iPhone 5s, iPhone 6, dan iPhone 6 Plus yang kini hanya boleh dikemas kini sehingga iOS 12.5.7 akan kehilangan akses kepada aplikasi tersebut, termasuk WhatsApp Business,” menurut Meta.
Sehubungan itu, pengguna digesa untuk menaik taraf peranti mereka sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan aplikasi tersebut.