nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM tegur budaya pembaziran dalam anjur majlis iftar, sumbangan

3 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur soal budaya pembaziran yang berlaku dalam penganjuran majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan pada bulan Ramadan ini.

Beliau menekankan pentingnya agar perbelanjaan kerajaan itu lebih berhemat serta tidak digunakan kepada perkara yang kurang bermanfaat.

“…bukan hanya mewahkan acara iftar kita tetapi untuk sampaikan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

“Sebab itu saya gesa dalam majlis-majlis rasmi kerajaan bulan Ramadan ini sama ada dikendalikan oleh kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan, beringatlah supaya lebih sederhanakan makan minum itu.

“Supaya kita dapat betul-betul menghayati roh dan semaagat Ramadan Kareem,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengambil contoh soal pengagihan kurma kerajaan yang mengguna kotak yang mahal berbanding harga kurma itu sendiri.

“Saya perhatikan kadang-kadang jabatan, agensi, syarikat kerajaan memulakan dengan memberi sumbangan, itu digalakkan tapi saya perhati ada juga perkakasan itu kadang-kadang berlebihan.

“Kotak-kotak yang sangat indah, nak isi kurma…letak kurmalah, edar lebih ramai kepada orang. Kalau harga kotak lebih mahal daripada harga kurma, pada saya itu satu pembaziran. Lebih baik hal-hal ini kita perhatikan,” katanya.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Justeru itu, Anwar mengingatkan agar dana kerajaan itu tidak digunakan untuk menunjukkan kemewahan kepada sumbangan yang ingin disampaikan.

“Tak perlu sangat tunjukkan kemewahan kerana dana itu boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada yang lain. Ini sebagai peringatan.

“Apa lagi menjelang Aidilfitri, ada persaingan untuk memberi kotak yang lebih cantik,” katanya.

Malah beliau sempat berseloroh agar diadakan pertandingan kotak yang paling cantik sempena Ramadan dan Aidilfitri kelak.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.