6 MEI : Platform Skype sah ditutup di seluruh dunia semalam selepas beroperasi hampir 22 tahun.
Laporan Al-Jazeera menyebut, penutupan itu sebagai tanda berakhirnya era antara perintis komunikasi Internet yang dilancarkan pada 2003.
Skype menjadi medium revolusi panggilan suara dan video percuma melalui Internet dengan mengumpul lebih 300 juta pengguna bulanan.
Sebelum kewujudan Zoom mahupun FaceTime, Skype menjadi platform percuma yang mengubah cara berkomunikasi merentasi sempadan.
Microsoft kemudiannya membeli Skype pada 2011 dengan harga AS$8.5 bilion (kira-kira RM36 bilion) untuk menjadikannya bahagian tengah strategi komunikasinya.
Namun, kewujudan pesaing seperti WhatsApp dan Zoom, populariti Skype semakin pudar.
Pada 28 Februari lalu, Microsoft mengumumkan penamatan Skype pada 5 Mei) untuk menyelaraskan perkhidmatannya dan mengutamakan pasukan untuk komunikasi serta kerjasama.
Keputusan itu memberi kesan kepada pengguna percuma dan berbayar namun Skype for Business masih diteruskan buat sementara waktu.
Pengguna disaran melayari skype.com dan menggunakan ciri ‘Start Using Teams’.
Sementara itu, semua mesej dan senarai dalam kenalan Skype masih boleh diakses melalui ‘Teams’ menggunakan log masuk yang sama.
Pemadaman semua data secara kekal akan dibuat selepas Januari 2026 dan pengguna perlu memuat turun atau memindahkan data sebelum tarikh itu.