nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Sabah: GRS mahu kekal kerjasama dengan PH

27 MEI : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menzahirkan hasrat agar kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu terus dipertahankan pada pilihan raya akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata hasrat itu sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata kerjasama GRS-PH  yang membentuk kerajaan negeri itu menjadi penentu dalam jalinan kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) kelak.

Menurutnya pengumuman rasmi berkait hasil perbincangan bagi membentuk kerjasama pada PRN17 itu akan diumum kemudian.

“Kita mahu kerjasama. Kita pertahankan sekarang kerajaan GRS-PH. Itu asas kita dan kita sudah sampaikan kepada perdana menteri.

“Jadi, yang lain-lain kita akan berbincang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran semula laluan feri Kota Kinabalu–Labuan di Pelabuhan Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut Hajiji, masih belum ada sebarang keputusan muktamad yang diambil setakat ini berkait PRN17.

“Belum lagi pilihan raya. Bubar (Dewan Undangan Negeri Sabah) pun belum. Sabar saja kamu tunggu, nanti diberitahu,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang pembukaan semula laluan tersebut, Hajiji berkata ia merupakan satu usaha yang bukan sekadar menghubungkan lokasi tetapi menyatukan keluarga, merancakkan pelancongan dan membuka peluang dagangan.

“Gangguan perkhidmatan sebelum ini telah menyulitkan ramai namun dengan kerjasama pelbagai agensi dan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan, kita berjaya menghidupkan semula laluan penting ini.

“Terima kasih kepada semua yang turut menjayakan inisiatif ini. Rakyat kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk pergi ke Labuan daripada Kota Kinabalu.

“Ini membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk terus menyediakan perkhidmatan yang mesra rakyat, cekap dan inklusif,” katanya.

*Foto : Facebook Hajiji Haji Noor

Get real time updates directly on you device, subscribe now.