Anwar, isteri solat raya di Masjid Putra

7 JUN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertau ribuan jemaah menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.
Kehadiran beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perkara itu dikongai Anwar dalam kemas kini di Facebook sempena Hari Raya Korban yang disambut umat Islam di negara ini, hari ini.
“Selain mengalunkan takbir Aidiladha secara bersama-sama, kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk mendengar khutbah bertajuk ‘Korban dan Semangat Kebersamaan’ yang disampaikan Imam Besar Majsid Putra, Dr Muhamad Zakuwa Rodzali.
“Para jemaah diingatkan untuk mengorbankan ego, sifat kedekut, kejahilan dan kealpaan yang membelenggu diri demi kebaikan agama, masyarakat dan diri sendiri,” katanya.
Sebelum pulang, Anwar dan Dr Wan Azizah sempat bersalaman, bertegur sapa dan bergambar dengan jemaah yang hadir ke masjid itu.
Menurur Anwar, ia sebagai kenangan dalam meraikan hari yang penuh barakah dan kemuliaan itu.
“Semoga Aidiladha kali ini menjadi titik tolak permulaan yang lebih baik, dipenuhi kasih sayang, ketenangan, kekuata dan keberkatan buat kita semua. Insya-Allah.
“Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, walillahilhamd”, ucapnya.
