nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Kyrgyzstan metrai 10 dokumen kerjasama strategik

25 JUN : Malaysia dan Kyrgyzstan memetrai 10 dokumen bagi kerjasama strategik melibatkan pelbagai sektor, hari ini.

Ini termasuk bidang pelancongan, perdagangan, pendidikan tinggi, kesihatan, transformasi digital, belia, latihan diplomat dan kerjasama institusi strategik.

Pertukaran itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Kyrgyzstan, Sadyr Japarov.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau dan Japarov senada tentang keperluan meneroka kerjasama baharu dalam bidang-bidang kritikal seperti kesihatan, keselamatan siber, transformasi digital dan pembangunan belia antara kedua-dua negara.

“Dalam sidang media bersama, saya tegaskan bahawa lawatan rasmi ini, yang pertama dalam tempoh tiga dekad, mencerminkan iltizam bersama untuk melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih kukuh dan bermakna.

“Kami sepakat memperluas kerjasama dalam pelaburan, pembinaan, perbankan Islam dan tenaga boleh diperbaharui termasuk usaha mewujudkan bank Islam dan pelan tindakan halal.

“Malaysia turut meneliti potensi Kyrgyzstan dalam bidang tenaga hidro dan teknologi hijau,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata pertukaran pelajar, pensyarah dan latihan teknikal di bawah Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) juga akan diperkasa demi memperkukuh jaringan antara rakyat dan membuka lebih banyak peluang pendidikan rentas budaya.

Selain itu, Anwar dan Japarov turut menyentuh genosid di Gaza dalam perbincangan mereka.

“Malaysia dan Kyrgyzstan sepakat dengan pendirian pendirian tegas menolak penjajahan dan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin serta menekankan pentingnya solidariti ummah dalam mendepani isu ini,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap kesungguhan Presiden Kyrgyzstan itu dalam memperkukuh hubungan antara kedua negara.

“Saya hargai kesungguhan Presiden Japarov dalam memperkukuh hubungan ini. Malaysia akan terus menjadi rakan yang komited dan diyakini demi manfaat bersama dan masa depan yang lebih terjamin untuk kedua-dua negara,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.