14 JUL : Kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menerima baik penerangan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata taklimat diberi berkait isu-isu berbangkit termasuk berkait proses pelantikan Ketua Hakim Negara yang sedang berlangsung.
“Kita percaya apa yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri diterima baik oleh Ahli Parlimen (PH).
“Datuk Seri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) juga hadir untuk memberi penjelasan tentang perkara berkaitan Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 125 mengenai pembentukan Tribunal di antara Hakim dan beberapa perkara yang berkaitan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pertemuan tertutup itu, hari ini.
Pertemuan itu berlangsung lebih sejam setengah dan merupakan kesinambungan kepada pertemuannya dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), 11 Julai lalu.