nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Himpunan: Tak ramai turun tanda rakyat masih beri Anwar peluang

28 JUL : Kehadiran yang jauh lebih rendah daripada jangkaan dalam Himpunan Turun Anwar baru-baru ini mencerminkan gerakan protes jalanan masih belum menjadi pilihan utama rakyat dalam menyuarakan pendirian terhadap kepimpinan negara.

Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Datuk Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata ia juga menandakan masyarakat secara umumnya masih memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan tanggungjawab dalam menangani cabaran negara yang merangkumi aspek pembaharuan institusi, kestabilan politik dan pemulihan ekonomi.

Katanya, mesej himpunan yang hanya berteraskan slogan ‘Turun Anwar’  dilihat terlalu retorik tanpa tawaran penyelesaian yang jelas dan menyeluruh terhadap isu rakyat, berbeza dengan pendekatan kerajaan yang lebih tertumpu kepada dasar serta pelaksanaan secara berperingkat.

“Perhimpunan ‘Turun Anwar’ jelas tidak berjaya mencetuskan gelombang besar yang diharapkan oleh penganjur…jumlah kehadiran yang hanya sekitar kurang 20,000 peserta berbanding sasaran sehingga 300,000 atau 1 juta orang memperlihatkan jurang besar antara retorik pembangkang dan realiti politik semasa.

“Tambahan pula, tiada usul undi tidak percaya di Parlimen menunjukkan pembangkang sendiri tidak mempunyai keyakinan dan angka mencukupi untuk mencabar kerajaan secara demokratik…maka tindakan jalanan ini lebih bersifat simbolik dan tidak memberi kesan langsung terhadap kedudukan Anwar yang kukuh dari sudut legitimasi Parlimen dan keabsahan undang-undang,” katanya kepada BBCPORTAL.

Pada 26 Julai, lebih 20,000 peserta menghadiri himpunan aman Turun Anwar di Dataran Merdeka anjuran pembangkang  yang menyasarkan Anwar supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Jumlah tersebut jauh lebih kecil berbanding 500,000 sasaran yang ditetapkan penganjur sebelum ini.

Dalam pada itu, Awang Azman berkata naratif pembangkang yang menuntut perubahan kepimpinan dilihat kurang mendapat sambutan apabila usaha tersebut tidak berjaya menandingi gerak kerja Perdana Menteri yang terus turun padang dan memperkenalkan pelbagai inisiatif berkaitan kebajikan rakyat.

Katanya, tindakan kerajaan seperti penstrukturan semula subsidi, pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)u untuk golongan B40, penurunan harga RON95, pemerkasaan ekonomi Bumiputera menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) serta penangguhan kenaikan tol membuktikan komitmen kepada penyelesaian yang lebih bersasar dan realistik.

“Naratif pembangkang yang sekadar menggesa Anwar turun tanpa menawarkan jalan penyelesaian tidak selari dengan keinginan rakyat yang lebih menginginkan kestabilan dan hala tuju yang jelas.

“Tambahan pula, rakyat menyedari bahawa kerajaan sedang menguruskan warisan ekonomi yang mencabar akibat hutang lama, kejatuhan ringgit global serta krisis antarabangsa…keadaan ini menjadikan kestabilan politik dan penyatuan nasional menjadi pilihan rakyat ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global berbanding usaha tergesa-gesa untuk menukar kerajaan melalui desakan jalanan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata  perhimpunan yang turut menjejaskan pengurusan awam seperti penutupan jalan utama dan kesesakan lalu lintas itu menimbulkan persoalan tentang kesesuaian pendekatan jalanan dalam era demokrasi matang, memandangkan wujud saluran sah seperti Parlimen, media sosial, wacana awam dan institusi politik sedia ada.

“Kerajaan Perpaduan menunjukkan kematangan politik dan komitmen terhadap demokrasi apabila tidak menyekat perhimpunan ini dan mebenarkkan ia berlangsung tanpa tindakan keras seperti semburan air atau tangkapan rambang, jauh berbeza ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan melawan perhimpunan Anwar pada tahun 1998.

“Namun, ini tidak bererti pembangkang harus menyalahguna ruang demokrasi dengan pendekatan yang lebih memudaratkan daripada membina…rakyat kini lebih cenderung menilai keupayaan kepimpinan melalui prestasi dasar, kestabilan politik dan langkah penyelesaian isu semasa berbanding sekadar desakan di jalanan yang tidak diiringi tawaran penyelesaian yang nyata,” katanya.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.