nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dokumen gesa Hamas serah kuasa, Malaysia belum buat keputusan

1 OGOS : Malaysia masih belum membuat keputusan untuk menandatangani dokumen kenyataan bersama yang menggesa agar Hamas menyerahkan kuasa pemerintahan di Gaza, Palestin.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan memerlukan sedikit masa lagi untuk meneliti dokumen hasil koordinasi Arab Saudi dan Perancis itu yang dibincangkan dalam mesyuarat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), baru-baru ini.

Fahmi berkata wakil tetap Malaysia ke PBB sudah diminta memberi perhatian terhadap dokumen tersebut namun kerajaan berpendapat perkara itu perlu dikaji secara menyeluruh terlebih dahulu.

“Antara yang diminta dalam dokumen itu termasuk hal yang disebutkan tadi.

“Jadi, kita berikan sedikit masa kepada Wisma Putra untuk meneliti sepenuhnya dokumen yang dimaksudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata pendirian Malaysia kekal tidak berubah terhadap Palestin iaitu negara itu mempunyai hak untuk wujud.

“Dan kita tidak melihat kepada perkara-perkara lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengarahkan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk membuat kenyataan rasmi kepada Dewan Rakyat, minggu hadapan bagi menjelaskan pendirian Malaysia secara menyeluruh.

Terdahulu, 17 negara termasuk Qatar, Arab Saudi, Mesir, Britain, Perancis dan Kanada menandatangani deklarasi itu yang menuntut Hamas meletakkan senjata dan tidak lagi mentadbir Palestin.

Deklarasi itu menyeru Hamas menyerahkan senjatanya kepada pihak berkuasa Palestin sebagai sebahagian daripada usaha penyelesaian dua negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.