8 OGOS : Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan sudah menjadi ahli PKR kira-kira dua minggu lalu.
Menurutnya, permohonan beliau untuk menyertai parti Perdana Menteri itu sudah diterima sebagai ahli PKR bagi Cabang Ampang.
“Saya tidak ingat tarikh (diterima) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka di Jepun, hari ini.
Sebelum ini, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO yang menarik perhatian banyak pihak.
Beliau meletakkan semua jawatannya dalam UMNO termasuk sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.
Tengku Zafrul kemudiannya menyatakan hasrat menyertai PKR namun menerima pelbagai reaksi terutama daripada UMNO.