nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bina kekuatan sendiri, elak bergantung pada teknologi asing

21 OGOS : Malaysia perlu membina keupayaan dalaman sendiri dan tidak terus bergantung kepada teknologi asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 2 Tahun 2025, hari ini.

“Sewaktu mesyuarat itu saya tekankan keperluan untuk teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan ditangani menerusi lensa keselamatan.

“Negara tidak boleh terus bergantung kepada teknologi asing, sebaliknya perlu membina keupayaan dalaman termasuk pengkomputeran awan berdaulat bagi melindungi maklumat terperingkat dan aset strategik negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mesyuarat berkenaan, hari ini.

Justeru itu, kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, kerajaan akan terus memperkukuh benteng siber negara dengan melindungi infrastruktur kritikal, meningkatkan kesedaran awam serta mengukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan, sektor swasta dan rakan antarabangsa.

“Dari segi perundangan, Rang Undang-Undang Jenayah Siber akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini,” katanya.

Selain itu katanya, setiap individu juga harus memainkan peranan dalam melindungi data peribadi apabila berurusan dalam talian termasuk melalui penggunaan MyDigital ID.

Katanya, pendaftaran MyDigital ID kini mencatat purata 25,000 pengguna sehari hasil integrasi dengan beberapa aplikasi termasuk MyJPJ, MySejahtera, MyBayar PDRM dan MyGOV.

Dalam pada itu, Anwar berkata komitmen Malaysia turut dizahirkan di peringkat global di mana Malaysia bakal menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai jenayah siber di Hanoi, Vietnam tidak lama lagi sebagai bukti kesungguhan memperkukuh kerjasama antarabangsa menentang jenayah digital.

Dalam kenyataan sama, Anwar memaklumkan pada mesyuarat itu turut menegaskan kepentingan pembangunan teknologi kriptografi pasca-kuantum (PQC) bersama NACSA, penyelidik dan industri di mana usaha ini diyakini akan memperkukuh perlindungan infrastruktur kritikal, membendung jenayah siber selain dan memastikan kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat terus terjamin.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.