nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

#GenerasiTanpaBuli: Cadang tubuh Tribunal Antibuli khusus

KENYATAAN MEDIA

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

JABATAN PERDANA MENTERI

Sesi Townhall Antibuli: #GenerasiTanpaBuli (Peringkat Wilayah Persekutuan) anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah berlangsung hari ini di Dewan Saksama, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM). Majlis yang dihadiri hampir 300 peserta dilaksanakan bagi membincangkan inisiatif bersepadu untuk memerangi isu buli di Malaysia.

Sesi Townhall ini merupakan siri pertama daripada siri jerayawara di seluruh negeri yang bertujuan untuk mengumpulkan pandangan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli dari pelbagai pihak termasuk wakil kementerian dan agensi kerajaan, guru, ibu bapa, pelajar, wakil komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

Komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak yang hadir pada hari ini mencerminkan tekad bersama untuk mencari penyelesaian tuntas terhadap isu buli. Ini selaras dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2025 yang memberi kepercayaan kepada YB Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) untuk mempengerusikan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli bagi menyelaraskan strategi antara kementerian dan agensi.

Sesi Townhall ini telah dihadiri oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Shukor Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Zamri Misman, Ketua Pengarah BHEUU, JPM dan Zainal Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), di samping pelbagai pihak berkepentingan daripada sektor awam dan badan bukan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah mengumumkan bahawa BHEUU, JPM kini sedang meneliti cadangan penggubalan RUU Antibuli. Antara cadangan utama yang sedang dipertimbangkan adalah penubuhan sebuah Tribunal Antibuli yang khusus. Tribunal ini akan berfungsi sebagai badan separa kehakiman yang diwujudkan untuk mengendalikan kes buli dengan lebih cepat, mesra mangsa, dan berorientasikan pemulihan, terutamanya bagi kes yang melibatkan golongan rentan di bawah 18 tahun. Langkah ini bertujuan untuk melengkapi dan memperkukuh mekanisme sedia ada yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Sehubungan itu, satu platform pendapat awam mengenai RUU Antibuli yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas awam turut diluncurkan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Usaha RUU Antibuli merupakan satu usaha antara kerajaan, di mana BHEUU, JPM juga telah menandatangani satu Nota Kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pengukuhan Pelaksanaan Pemahaman Undang-Undang Kepada Para Pendidik Dalam Usaha Pencegahan Bagi Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dan Pembangunan Model Undang-Undang Antibuli Terhadap Kanak-Kanak.

Sesi townhall ini telah menampilkan pembentangan daripada Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Dr Farah Nini Dusuki, Selvi Supramaniam, Pakar Kanak-Kanak daripada UNICEF dan Thiyagu Ganesan, Timbalan Ketua Pengarah (Reformasi Undang-Undang), BHEUU JPM. Satu sesi soal jawab interaktif juga diadakan yang dijawab oleh YB Menteri.

Kerajaan memandang isu buli sebagai ancaman serius terhadap kesejahteraan dan masa depan generasi masa depan negara. Oleh itu, kerangka perundangan sedia ada sedang diperkukuh termasuk pindaan kepada Kanun Keseksaan pada tahun 2023 dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.

Meskipun terdapat peruntukan undang-undang yang mencukupi, pendekatan perundangan tidak boleh hanya berorientasikan hukuman semata-mata, terutamanya apabila pelaku buli adalah kanak-kanak atau remaja. Sebaliknya, penekanan utama akan diberikan kepada pemulihan dan pendidikan, selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001. Sistem tribunal yang dicadangkan dilihat lebih sesuai kerana ia membolehkan penyelesaian yang menjurus kepada rehabilitasi, bukan semata-mata pemenjaraan.

Sinergi seluruh kerajaan ini penting untuk membina ekosistem yang melindungi kanak-kanak dan memastikan mesej yang jelas bahawa di Malaysia, tiada ruang untuk budaya buli terus berleluasa. Sesi townhall ini diharap menjadi titik mula yang penting dalam perjalanan bersama untuk membina persekitaran yang lebih selamat, harmoni, dan penuh empati.

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

JABATAN PERDANA MENTERI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.