KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN UMNO
1. UMNO merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas ketegasan titah berhubung pengampunan bersyarat yang membawa kepada pelaksanaan tahanan rumah buat hamba Tuanku, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
2. Sesungguhnya keputusan pengampunan bersyarat yang diberikan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah cerminan kuasa dan hak Perlembagaan Kebawah Duli Tuanku yang wajib dihormati oleh segenap lapisan institusi dan rakyat jelata.
3. UMNO berpendirian sebarang perbuatan yang memperlihatkan unsur-unsur protes termasuk menjadikan keputusan pengampunan bersyarat yang dititahkan sebagai alasan sesuatu tindakan diambil, ia boleh membawa maksud kepada mencabar dan menderhaka terhadap kuasa Perlembagaan Tuanku.
4. UMNO akan tetap teguh mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan Tuanku serta Institusi Raja-Raja Melayu.
5. Malaysia adalah negara hukum dan selagi mana proses yang melibatkan soal perundangan tertakluk dalam kerangka Perlembagaan, menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk mempertahankannya.
Menjunjung kasih Tuanku.
Daulat Tuanku.
PRESIDEN UMNO
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI