nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis buka 3 kertas siasatan kes hina kerajaan, guna lambang diraja

16 SEPT : Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka tiga kertas siasatan berkaitan penghinaan dan mempertikai kerajaan serta penyalahgunaan lambang diraja di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar, berkata ketiga-tiga kes itu jelas menunjukkan penyalahgunaan media sosial dan kandungan digital yang boleh menimbulkan hasutan, penghinaan serta permusuhan dalam kalangan masyarakat.

“PDRM melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5 JSJ Bukit Aman menjalankan siasatan berhubung tiga kes penularan video di aplikasi TikTok menggunakan akaun @zamanharris82, @no.wad serta satu video memaparkan majlis meniru gaya istiadat kerabat diraja.

“PDRM menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang terbabit dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut M Kumar, kes pertama melibatkan seorang bekas penjawat awam yang membuat komen berunsur hasutan serta penghinaan terhadap kerajaan dan pemimpin negara.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sementara itu, kes kedua melibatkan seorang lelaki menggunakan akaun TikTok @no.wad yang membuat hantaran mempertikaikan kerajaan dalam menangani insiden di kampung Sungai Baru yang berkemungkinan boleh mencetuskan permusuhan antara kumpulan dalam negara.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, kes ketihga melibatkan penularan video memaparkan satu keluarga berpakaian serba kuning dan bertengkolok seperti gaya istiadat kerabat diraja dalam satu majlis akikah yang dipercayai menyalahgunakan lambang diraja.

Kes ini pula disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah nama tidak wajar) 1963, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.