nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN Sabah tidak tanding semua kerusi DUN : Zahid

20 SEPT : Barisan Nasional (BN) Sabah mengesahkan tidak bertanding di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya sudah mengenal pasti kerusi yang diyakini boleh menang untuk diletakkan calon.

Beliau yang juga Presiden UMNO turut memaklumkan UMNO-BN akan bekerjasama dengan ‘the third force’ di negeri itu.

“Yang pasti kita tidak akan bertanding di seluruh 73 kerusi untuk PRN Sabah ke-17 ini. Tetapi ada jumlah-jumlah kerusi yang kita fikirkan di mana kita akan meletakkan calon berdasarkan kepada kebolehmenangan.

“Saya akan umumkan berapa kerusi yang akan kita muktamadkan. Yang penting kerusi-kerusi ini adalah kerusi yang kebolehmenangannya tinggi dan kita akan kerjasama dengan ‘the third force’ di negeri Sabah ini untuk menentukan bahawa kerusi-kerusi itu akan memihak kepada calon-calon BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan acara Flag Off Skuad Sukarelawan BN Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri melahirkan keyakinan UMNO-BN akan menambah kerusi yang dimenangi pada pilihan raya negerui itu.

“…Dulu kita memenangi 14 kerusi dan pasti (kali ini akan menang) lebih daripada 14. Jadi selain daripada 14 kerusi yang ada tetapi enam daripadanya melompat.

“Jadi atas daripada 14 itu adalah kerusi-kerusi di kawasan-kawasan DUN yang kita anggap baharu. Tetapi kita yakin kebanyakannya akan memihak kepada BN,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, keputusan akhir berkait pembahagian kerusi dalam kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) akan dimuktamadkan sepenuhnya selepas pembubaran DUN Sabah.

“Kita telah memuktamadkan perbincangan dengan PH sekurang-kurangnya supaya tidak berlaku pertindihan.

“Tetapi kita akan juga memutamadkan sepenuhnya apabila pembubaran itu telah rasmi dibuat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.