nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Misi flotila semakin hampir dengan Gaza

22 SEPT : Kapal yang membawa aktivis bagi misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan sudah semakin menghampiri Gaza.

Difahamkan kesemua kapal itu kini sedang berlayar ke perairan antarabangsa berhampiran Greece.

Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman yang menaiki kapal ALMA dalam misi itu memaklumkan mereka dijangka tiba di kawasan berhampiran Greece dalam masa dua hari lagi.

“Sebenarnya Greece itu sangat dekat (dengan Gaza), saya tanya Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mungkin dari Greece memakan masa empat hingga lima hari lagi sebelum sampai ke bumi Gaza.

“Seminggu ini juga sebenarnya detik penting atau penentu segala apa yang kami buat. Jadi, kami perlukan doa daripada seluruh rakyat Malaysia untuk kejayaan misi GSF,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung di TikTok bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, hari ini.

Mengulas soal keselamatan, Ahmad Musa berkata kesemua peserta bergilir-gilir memantau keadaan sepanjang pelayaran berikutan wujudnya beberapa dron pada waktu malam.

“Malam sahaja dron ini datang, pagi hilang tetapi kami tidak tahu sama ada dron ini mengikuti kapal kami tetapi apa yang kami tahu dan kami nampak semalam, ada lima hingga enam dron tanpa menggunakan teropong pun, jadi GSF ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Misi berani yang merentasi Laut Mediterranean itu membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan

Pelayaran yang melibatkan lebih 1,000 sukarelawan dengan menaiki hampir 70 bot itu dijadual tiba di perairan Gaza akhir bulan ini.

Misi yang menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah itu membawa satu matlamat iaitu memecah kepungan terhadap Gaza.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.