nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

CCTV dipasang di pusat tahanan Maritim, lokap AADK

26 SEPT : Kerajaan bersetuju dengan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi di pusat tahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lokap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diseluruh negara.

Perkara itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 7, semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, perhatian serius diberikan dalam usaha meningkatkan kecekapan agensi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan tahanan terpelihara.

“Pelaksanaan ini merupakan inisiatif strategik Kerajaan selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) dalam memenuhi keperluan semasa agensi penguatkuasaan menghadapi cabaran keselamatan serta memperkukuh pemantauan terhadap kawasan tahanan,” katanya yang mempengerusikan mesyuarat itu.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memandang serius insiden berulang melibatkan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara yang bukan sahaja melanggar kedaulatan maritim negara, bahkan menyebabkan ketirisan hasil laut negara yang menjejaskan ekonomi dan sumber rezeki nelayan tempatan.

“Atas keprihatinan dan pendirian kerajaan untuk tidak berkompromi dalam isu kedaulatan perairan negara, mesyuarat bersetuju supaya isu-isumelibatkan perairan negara diatasi melalui usahasama strategik antara Malaysia dan negara-negara terlibat,” katanya.

Menurutnya lagi, reformasi dasar dan perundangan yang dipersetujui mencerminkan iltizam kerajaan dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa responsif terhadap keperluan keselamatan negara serta mendukung prinsip kecekapan, ketelusan serta keberkesanan dalam tatakelola sektor awam.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.