18 OKT : Barisan Nasional (BN) tidak menghalang jika parti komponennya, MIC berhasrat untuk meninggalkan gabungan itu.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada konsep paksaan dalam gabungan itu termasuk ketika mahu keluar daripada perjuangan mereka.
“Kita terbuka, dulu ada 14 parti komponen dalam BN dan tiada paksaan, sama ada untuk masuk atau keluar BN.
“Tentunya mereka akan membuat keputusan bijak pada Perhimpunan Agung MIC bagi menentukan gabungan mana yang akan disertai asalkan mereka tidak menyesal di kemudian hari,” katanya.
Presiden UMNO itu berkata demikian dalam sidang media pada Jumaat.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkait bakal memuktamadkan kedudukan MIC dalam BN pada Mesyuarat Agung MIC, 16 November depan.
Hubungan dalaman BN kian goyah selepas kerjaama terjalin dengan Pakatan Harapan
9ph0.
MIC dan MCA dilaporkan sedang menilai kemungkinan keluar daripada gabungan itu berikutan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan mereka dalam politik nasional.
Ketika diminta mengulas soal tindakan MIC yang tidak menjemputnya ke perasmian mesyuarat agung parti itu, Ahmad Zahid berkata itu perkara biasa yang bukan pertama kali berlaku.
“Ini bukan pertama kali kerana mesyuarat agung kali ini mereka mahu menyelesaikan masalah dalaman.
“Tentunya kita beri ruang seluas-luasnya untuk mereka menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.