nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Seleweng zakat, kerajaan jamin siasatan menyeluruh

21 OKT : Kerajaan menegaskan isu penyelewengan dana zakat akan disiasat secara menyeluruh tanpa sebarang usaha menutupi kes tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memberi jaminan itu susulan laporan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam pengurusan bantuan dana zakat di bawah salah satu agensi agama.

“Saya mengambil maklum laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan itu. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama, saya menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi sama sekali terhadap sebarang bentuk salah laku, rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

“Dana yang diamanahkan untuk kebajikan umat Islam mesti diuruskan dengan penuh integriti, amanah dan ketelusan.

“Tiada sebarang usaha ‘cover up’ akan berlaku, dan mana-mana pegawai atau staf yang terlibat akan diambil tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur dilaporkan menahan seorang bekas pekerja sebuah badan berkanun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan peruntukan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.

Dalam pada itu, Mohd Na’im menzahirkan penghargaan kepada pihak yang membuat aduan atas keberanian tampil yang wajar dicontohi.

“Saya dimaklumkan bahawa siasatan dalaman telah dimulakan dan laporan rasmi telah dibuat kepada SPRM bagi memastikan siasatan dijalankan secara bebas dan menyeluruh.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pengadu dan masyarakat awam yang berani tampil ke hadapan untuk melaporkan salah laku ini. Keberanian sebegini amat dihargai dan menjadi contoh kepada warga kerja lain serta masyarakat bahawa integriti adalah tanggungjawab bersama.

“Pada masa yang sama, saya menggalakkan orang ramai agar segera membuat aduan kepada pihak berkuasa atau agensi agama sekiranya mengetahui sebarang bentuk penyelewengan, salah guna kuasa atau rasuah. Setiap laporan akan diteliti dan disiasat dengan serius, tanpa sebarang kompromi,” katanya.

Beliau turut menegaskan peringatan dan teguran berulang kali diberikan kepada semua agensi di bawah portfolionya agar tidak sesekali mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Kegagalan menjaga integriti bukan sahaja mencemar nama baik institusi, malah mengkhianati kepercayaan umat Islam. Tiada kompromi terhadap integriti. Tiada perlindungan terhadap salah laku.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus bekerjasama rapat dengan SPRM dan agensi penguat kuasa lain dalam memastikan setiap bentuk salah laku ditangani dengan tegas dan telus,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.