nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AS ulang penghargaan layanan baik Malaysia kepada Trump

1 NOV : Amerika Syarikat (AS) mengulangi penghargaan kepada Malaysia atas layanan baik yang diberikan kepada Presidennya, Donald Trump ketika lawatan ke Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disampaikan kepadanya ketika pertemuan dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent.

“Beliau mengulangi penghargaan kepada Malaysia atas layanan baik yang diberikan kepada Presiden Donald Trump dan delegasi AS sewaktu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Saya sekali lagi sampaikan ucapan terima kasih kepada Presiden Trump atas kunjungan yang mencerminkan iltizam tinggi kepimpinan AS dalam memperkukuh hubungan dua hala yang konstruktif, saling menghormati dan membawa manfaat bersama.

“Saya menghargai peranan serta sumbangan beliau dalam memperkukuh kerjasama ekonomi global, di samping usaha memperluas jaringan pelaburan, perdagangan dan keamanan yang inklusif berasaskan dialog, keadilan serta saling memahami,” katanya.

Anwar berkongsi perkara itu dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Pertemuan itu dalam sela-sela persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang berlangsung di Korea Selatan.

Dalam pada itu, Anwar berkata pertemuannya dengan Bessent itu secara tidak langsung meneruskan momentum hubungan erat yang sudah terjalin semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

“Ia memberi ruang untuk kami membincangkan pelbagai aspek hubungan perdagangan serta kewangan antara Malaysia dan AS.

“Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkukuh pertalian ekonomi dua hala, termasuk komitmen bersama antara Perbendaharaan AS dan Bank Negara Malaysia dalam memastikan dasar pertukaran mata wang yang berdaya tahan, kestabilan pasaran kewangan, serta tadbir urus yang telus dan berintegriti,” katanya.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama strategik dengan AS atas landasan prinsip keterbukaan, keadilan dan hormat-menghormati demi menjamin kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau serta sejagat.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.