12 NOV : Pentadbiran Amerika Syarikat terus dirundung ketidaktentuan selepas memasuki hari ke-40 penutupan kerajaan.
Kegagalan Senat AS mencapai persetujuan menyebabkan kira-kira750,000 kakitangan kerajaan digantung tugas tanpa gaji dan jutaan rakyat terjejas susulan penangguhan bantuan makanan.
Penutupan itu memberi kesan besar kepada industri penerbangan apabila kakitangan pengawal trafik udara tidak dibayar.
Malah ribuan penerbangan dibatalkan dan tertunda susulan pihak berkuasa mengurangkan trafik di lapangan terbang.
Penutupan kerajaan itu bermula 1 Oktober lalu di mana Republikan menolak cadangan Demokrat untuk mengekalkan program kesihatan dan beberapa program sosial lain.
Sejak itu, 14 langkah pembiayaan gagal dipersetujui, menyebabkan pembayaran kakitangan tertangguh.