13 NOV : Dewan Perwakilan AS meluluskan rang undang-undang pembiayaan kerajaan yang diluluskan Senat sekali gus menamatkan penutupan kerajaan pada hari ke-43.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani dokumen undang-undang bagi menamatkan penutupan paling lama itu.
Seramai 222 ahli Kongres menyokong rang undang-undang itu dengan 209 lagi menentang.
Rang undang-undang tersebut akan melanjutkan pembiayaan kerajaan sehingga 30 Januari depan.
Dengan kerajaan kini kembali beroperasi, tumpuan beralih kepada rundingan lanjut menjelang akhir tahun dan kemungkinan penutupan semula yang menghantui awal 2026.